Pada pagi ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan cukai jalan atau road tax tidak lagi diwajibkan dipamerkan pada cermin kenderaan persendirian.
Difahamkan langkah tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada usaha kementerian pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.
Baca Juga:
- Pemilik Kenderaan Persendirian Tidak Lagi Perlu Bawa Lesen Memandu Fizikal Dan Tampal ‘Roadtax’
- Gadis Kena Tinggal Di Jambatan Pulau Pinang, Tunang Sanggup Larikan Diri Daripada Sekatan JPJ
Sebaik sahaja pengumuman dibuat, dapat dilihat di platform media sosial seperti Instagram dan TikTok di mana terdapat pengguna jalan raya yang tidak mengambil masa yang panjang untuk membuka pelekat road tax pada kenderaan masing.
Sebelum ini, pelekat road tax yang bermasalah sewaktu memasang dan menanggalkannya antara yang membuatkan orang ramai kurang berpuas hati. Malah, terdapat pengguna yang turut membanding negara-negara maju lain yang tidak lagi perlu memaparkan pelekat road tax pada kenderaan persendirian.
@arperformancee Bye bye ugly roadtax, hello clean windshield 🥰
@chan.sheehan Road Tax dah tak payah tampal… Tapi TAX tetap kena bayar hokeh… #jpj #roadtax #roadtaxjpj #roadtaxjpjterkini #cukaijalan #fyp #fypdongggggggg
https://www.tiktok.com/@fadhil_adn/video/7198394257005169947?_r=1&_t=8Zkzhs8ovuU
Diharapkan inisiatif yang dapat dibuat pihak kerajaan ini sekaligus dapat memudahkan pengguna serta pegawai bertugas dalam menyemak cukai jalan pengguna.
Menteri Pengangkutan menggalakkan orang ramai mendaftar akaun JPJ di https://public.jpj.gov.my/ atau aplikasi MyJPJ (iOS / Android / Huawei App Gallery) untuk mengakses lesen kenderaan motor digital dan lesen memandu mereka.