Undian aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 sedikit menyebelahi kem Malaysia apabila diundi bertemu jiran tetangga, Singapura dalam kategori lelaki.
Skuad negara yang diketuai Soh Wooi Yik itu berada di momentum terbaik menjelang aksi pada petang esok selepas menewaskan pencabar terkuat peringkat kumpulan B, Chinese Taipei 3-2.
Baca Juga:
- Undian BATC 2024: Malaysia Dapat Laluan Selesa Ke Suku Akhir
- Lee Zii Jia Terima Jemputan BAM Sertai Skuad BATC 2024
- Zii Jia, Indra Wijaya Capai Kata Sepakat Selesaikan Kes Luar Mahkamah
Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia bermula dengan langkah kanan apabila tidak terlalu berdepan masalah untuk menewaskan Lin Chun Yi 21-16, 21-13.
Kecemerlangan itu gagal diteruskan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tewas kepada ‘scratch pair’, ‘scratch pair’, ‘scratch pair’ Lee Jhe Huei-Lee Yang 21-21, 17-21.
Malaysia kembali dihadapan setelah Leong Jun Hao meraih kemenangan ke atas Lee Chia Hao menerusi ‘straight set’ 21-19 21-17.
Mata kemenangan buat skuad negara disahkan oleh gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani yang berjaya menundukkan satu lagi ‘scratch pair’, Wang Chi Lin-Yang Po Han 21-19 21-14 sekali gus mara ke suku akhir selaku juara kumpulan.
Perlawanan terakhir melibatkan pemain muda, Eogene Ewe bertemu Chi Yu Jen menyaksikan pemain Chinese Taipei itu menang 21-16, 21-14.
Sementara itu, skuad wanita pula yang tewas 1-4 kepada Thailand pada aksi peringkat kumpulan pagi tadi akan bertemu dengan Indonesia di suku akhir pada jam 10 pagi esok.
Sekiranya skuad lelaki berjaya melepasi cabaran Loh Kean Yew dan rakan-rakannya itu, skuad negara bakal menanti cabaran Jepun atau India di separuh akhir.
Manakala bagi skuad wanita pula sekiranya berjaya menundukkan Indonesia, mereka akan menanti pemenang antara Chinese Taipei dan Thailand.