Seorang individu dipercayai pernah menggangotai Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) mendakwa organisasi tersebut mengamalkan sistem perhambaan dalam menjalankan operasi kumpulan perniagaan mereka.

Memetik Berita Harian, setiap ahli GISBH didakwa dipaksa mencari dana untuk memenuhkan tabung jemaah atau syarikat, walaupun perlu bekerja sepenuh masa tanpa dibayar gaji.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambah individu itu lagi, ada kalanya anggota organisasi itu terpaksa meminta bantuan ahli keluarga yang bukan dalam kalangan jemaah atau syarikat.

Perkara itu disebabkan apabila sangat sedikit perniagaan kendalian GISBH yang menjadi ekonomi komersial dan dapat menjana kewangan jemaah atau syarikat.

“Mereka mewujudkan banyak rumah dan badan amal kebajikan yang juga antara kaedah mendapatkan ‘income‘ (pendapatan) yang banyak daripada masyarakat awam.

GISBH mengamalkan sistem ‘ma’ash’ (keperluan), menggantikan sistem pendapatan dengan pekerja perlu kerja sepanjang hari dan membuat pelbagai pekerjaan, kerja lebih masa atau dihantar ke luar negara, namun tidak diberikan gaji dalam bentuk wang.

“Mereka diberi makan, minum dan tempat tidur, selain perkahwinan diuruskan sesama ahli,” katanya.

Difahamkan projek perniagaan adalah tugasan ahli setiap zon dan negeri dengan kebanyakannya dipanggil ‘ekonomi strategi’.

Terdapat majlis khas diadakan bertujuan mengutip dana daripada ahli mengikut zon dan negeri setiap bulan. Jemaah yang bekerja di luar negera akan memberikan dana dalam jumlah lebih besar sekali.

Bekas ahli kumpulan itu turut berkata ramai remaja dijadikan ‘buruh paksa’ untuk diserapkan ke dalam projek syarikat.

Seawal usia 13 tahun lagi, sudah ada yang bekerja di kilang atau premis. Kemudian berkerja di luar premis untuk mengedar makanan, majalah dan sebagainya.

Sumber