Bekas kelab mendiang Pele dan Neymar iaitu Santos FC bakal menguji kekuatan Kedah Darul Aman dalam satu perlawanan persahabatan pada bulan Februari ini.
Perkara ini diumumkan oleh Santos menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana mereka akan menjalani jelajah Asia dan akan turun menentang beberapa kelab.
Baca Juga:
- Dikritik Gemuk, Neymar Anggap Berat Badan Terkini Sebagai ‘Beauty Weight’
- TERKINI: Al-Hilal Tamatkan Kontrak Neymar
- Junya Ito Ditendang Dari Skuad Jepun, Hadapi Tuduhan Serangan Seksual
Saiba mais detalhes em https://t.co/Jo4yoJtEtJ pic.twitter.com/z2E3yDANAs
— Santos FC (@SantosFC) February 1, 2024
“Santos FC akan menjalani beberapa perlawanan antarabangsa di Qatar dan juga Malaysia. Pada 4 hingga 13 Februari, kelab akan mengambil bahagian dalam Equality Cup yang turut disertai tiga lagi pasukan.
“Kejohanan yang berlangsung di Doha itu akan disertai oleh Zenit St-Petersburg (Rusia), Shanghai Shensua (China) dan Al-Duhail (Qatar) sebagai tuan rumah.
“Pada 17 Februari, Santos akan turun menentang Kedah Darul Aman di Alor Setar dimana ini merupakan kunjungan pertama kelab di negara itu,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.
Musim 2023 merupakan detik hitam dalam sejarah kelab dimana mereka tersingkir dari saingan Serie A Brazil buat kali pertama sejak kelab itu ditubuhkan pada 111 tahun lalu.
Santos adalah salah satu daripada tiga kelab, bersama-sama dengan Sao Paulo dan Flamengo, yang tidak pernah diturunkan dari liga utama Brazil.
Mendiang Pele membantu Santos menjadi salah satu kelab paling terkenal dalam bola sepak di dunia dimana mereka menikmati era keemasan pada 1950-an dan 1960-an yang menyaksikan kelab itu memenangi 10 kejuaraan liga negeri dan enam Brazil.
Santos juga pernah menjulang Copa Libertadores, setara dengan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), pada 1962 dan 1963, pada tahun yang sama ia memenangi Piala Antara Benua, trofi yang dimainkan oleh pasukan teratas dari Eropah dan Amerika Selatan.
Selain Pele, Santos telah melahirkan ramai pemain bintang dunia seperti bekas penyerang AC Milan iaitu Robinho, penjaring terbanyak Brazil, Neymar dan pemain sayap Real Madrid, Rodrygo.