Seorang bekas kru kabin Singapore Airlines (SIA) telah menuntut ganti rugi lebih S$1.7 juta (RM5.9 juta) daripada syarikat itu selepas mendakwa dia tergelincir pada tompokan gris dan terjatuh ketika berada dalam satu daripada pesawat milik SIA itu.

The Straits Times melaporkan kejadian itu berlaku kepada Durairaj Santiran, 36, seorang warga Malaysia. Dia mendakwa bekas majikannya cuai kerana membenarkan tempat kerja menjadi kawasan tidak selamat.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Semasa kejadian, dia sedang bertugas sebagai pramugara di atas pesawat A350 dalam penerbangan kira-kira 17 jam dari San Francisco ke Singapura yang dijadualkan mendarat di Singapura pada petang 6 September 2019.

Dia ternampak tompokan gris pada lantai dapur kelas ekonomi semasa penerbangan yang berkenaan.

Kira-kira dua jam setengah jam sebelum mendarat, dia tergelincir pada tampalan gris dan jatuh terlentang, kepalanya terhantuk di atas lantai.

Akibat insiden itu, Durairaj mengalami kecederaan pada tulang belakang. Sekaligus menyebabkan dia dari segi perubatan tidak layak untuk terus bekerja sebagai pramugara penerbangan.

Berikut adalah tuntutan yang dibuat oleh Durairaj terhadap SIA; SGD1.29 juta (kira-kira RM4.6 juta) untuk kehilangan pendapatan masa depan, SGD30,000 (kira-kira RM106,174) untuk kehilangan kapasiti pendapatan, serta SGD150,000 (kira-kira RM531,070) untuk perbelanjaan perubatan serta pengangkutan masa depan.

Dalam kesnya, syarikat penerbangan nasional itu gagal menyediakan sistem kerja dan tempat yang selamat untuk bekerja serta gagal menangani dengan secukupnya kehadiran tompokan gris, sekali gus menyebabkan kawasan itu menjadi tidak selamat.

Menurut laporan itu lagi, Durairaj bekerja sebagai kru kabin di SIA dari April 2016 hingga April 2021. Kini dia bekerja sebagai penganalisis penjagaan pelanggan di Malaysia.