Beberapa hari lalu,netizen mempersoalkan kualiti satu jenama pelitup muka yang terputus talinya ketika berlangsungnya satu sesi live bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Insiden itu yang ternyata menarik perhatian ramai mengundang pemuda ini untuk menguji ketahanan pelitup muka yang dibelinya di Shopee pada harga RM6 sekotak.

@diva.h.a

Cintaku padamu seutuh mask rm6 shopee ⛓️⛓️ #mask #shopee #tiktokmalaysia

♬ Earth Defense Force – Emetsound

Dalam videonya di TikTok, Hadrey Ali menguji ketahanan pelitup muka yang dibelinya dengan mengangkat beberapa item yang berat antaranya buah kelapa, mesin mixer, tudung saji dan tudung saji.

Perkongsian beliau itu mendapat ramai dan sudah ditonton sebanyak lebih 1.2 juta kali di TikTok. Menerjah di ruangan komen, rata-rata yang menonton video berkenaan berkenaan ‘terhibur’ dengan mesej yang cuba disampaikan oleh Hadrey di mana pelitup muka yang mahal tidak semestinya tahan dan cuma gah pada namanya sahaja.

Tangguh kuat kuasa pelitup muka perakuan MS SIRIM

Pada 4 April yang lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kenyataan bahawa pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.

Menurut KPDNHEP, pewartaan itu bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.

Namun KPDNHEP telah mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan mengenai penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas umum.

Pilih yang murah atau berjenama? Paling penting anda kekal pakai pelitup muka di tempat awam dan jaga jarak supaya kita dapat sama-sama hentikan penularan COVID-19.

Sewaktu pandemik COVID-19 memuncak 2 tahun lalu, jenama kereta mewah Lamborghini turut hasilkan pelitup muka untuk tangani wabak tersebut di Itali. Baca lagi pada pautan di bawah.

Lamborghini Hasilkan ‘Face Mask’ Untuk Tangani COVID-19 Di Itali

Sering Pakai Pelitup Muka Di Bawah Dagu? Ini Pesanan Dr Noor Hisham Buat Anda

Tali Putus Ketika Promosi Secara ‘Live’, Netizen Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian