Siapa sahaja yang tidak mengenali Khairulaming, seorang personaliti media sosial yang sering berkongsi video resipi masakan, ringkas tetapi sedap. Malah, Sambal Nyet keluaran jenama beliau sendiri turut popular dan dipuji begitu sedap dengan rasa pedas yang menyelerakan.

Disebalik kejayaan jualan Sambal Nyet yang laris 500 botol dalam masa 30 saat dan 10,000 botol dalam masa sejam di Shopee namun ada juga individu yang mengambil kesempatan atas peluang itu untuk menyamar sebagai reseller atau ejen penjualan bagi Sambal Nyet Khairulaming.

Nampaknya kegiatan itu semakin menjadi-jadi. Terbaharu, Khairulaming sekali lagi meluahkan rasa kecewanya apabila ada individu yang menyamar sebagai reseller Sambal Nyet di Shopee. Tidak cukup itu, reseller tersebut turut menghasilkan Sambal Nyet yang palsu dan menjualkannya kepada pelanggan.

Luahan kecewa Khairulaming setelah mendapat berita buruk itu telah beliau kongsi menerusi satu video di Instagram dan untaian ciapan di Twitternya. Difahamkan, ‘reseller’ yang dikenali sebagai ‘Masturaaliyah’ telah berjaya menjual sebanyak 700 botol Sambal Nyet yang palsu kepada pelanggan.

Lantaran itu, ada pelanggan yang mendakwa Sambal Nyet yang dibeli berbau busuk dan berbuih (basi). Berikutan itu, beberapa orang pelanggan telah menghantar maklum balas rasa kecewa mereka terhadap Sambal Nyet yang palsu itu kepada Khairulaming menerusi kiriman mesej di media sosialnya.

Tidak sedap hati mendengar luahan para pelanggannya itu, Khairulaming terdetik untuk menyiasat botol Sambal Nyet tersebut berserta poskad yang disekalikan dalam pembelian sambal tersebut. Setelah diteliti, rupa label botol dan poskad tersebut ternyata ditiru. Dapat dilihat juga tekstur sambal tersebut tidak sama dengan Sambal Nyet asli.

Dalam pada itu, disebabkan jenama Sambal Nyet Khairulaming yang sudah begitu popular, ada juga para peniaga e-dagang di China yang mengambil kesempatan dan menggunakan jenama produk Sambal Nyet by Khairulaming untuk melariskan jualan sambal mereka bagi pasaran Shopee di China.

https://twitter.com/ladydyla_/status/1387538015287873538?s=20

Berikutan kes ini yang semakin membarah, Khairulaming merayu dan menasihatkan kepada orang ramai di luar sana supaya jangan membeli Sambal Nyet daripada ‘reseller’ di Shopee. Khairulaming turut menjelaskan bahawa isu ini telah dilaporkan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Damansara semalam.

Khairulaming juga memohon maaf sekiranya ada kekurangan cara beliau menguruskan jualan Sambal Nyet kerana sambal yang dijual sering sahaja tidak mencukupi permintaan pelanggan. Semoga Khairulaming cekal menghadapi dugaan ini dan berharap segala urusan beliau dipermudahkan.

Khairulaming kecewa dengan ‘Fatihah’ kerana telah menyamar sebagai ejen Sambal Nyet dan tipu pelanggan. Baca lagi pada pautan di bawah ini.

Menyamar Jadi Ejen Sambal Nyet Dan Tipu Pelanggan, Khairulaming Luah Rasa Kecewa

Khairulaming Kongsi ‘Behind The Scene’ Setiap Kali Tambah Sambal Nyet Di Shopee

Pernah Rugi Lima Angka, Khairulaming Kongsi Kisah Jatuh Bangun Hasilkan Sambal Nyet

Sumber