Sejak pandemik, ramai orang sudah mulai selesa menggunakan perkhidmatan penghantar makanan berbanding perlu ke sesuatu kedai untuk membeli makanan ataupun barangan keperluan.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Apek Rider yang juga bekerja sebagai penghantar makanan telah berkongsi masalah yang dihadapinya dengan sebuah vendor gerai burger.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Berang Ditanya Dan Lempar Botol Sos Pada Rider, Tindakan Biadab Vendor Ini Jadi Bualan Netizen

Menerusi perkongsiannya, dia berasa tidak puas hati apabila telah menunggu lebih 50 minit untuk pesanan pelanggannya tetapi pihak vendor menyiapkan pesanan rider lain terlebih dahulu.

Menyedari pesanan pelanggannya masih belum siap, maka dia pun bertanya mengapa masih belum siap sedangkan sudah lama menunggu. Berang dengan pertanyaannya, dilihat seorang wanita yang dipercayai pekerja gerai burger itu bertindak tinggi suara dan membaling botol sos kepadanya.

Hal ini disaksikan para rider yang turut berada di sana dan membuat semua yang berada di situ tergamam. Perkongsian Apek Rider dalam group ShopeeFood Rider telah mendapat perhatian rider yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rider menyifatkan sikap vendor itu biadab dan tidak sepatutnya terjadi kerana sebagai peniaga haruslah tahu untuk tidak ‘koyak’ serta kekal tenang apabila berdepan dengan masalah.

Berang Ditanya Dan Lempar Botol Sos Pada Rider, Tindakan Biadab Vendor Ini Jadi Bualan Netizen

Berang Ditanya Dan Lempar Botol Sos Pada Rider, Tindakan Biadab Vendor Ini Jadi Bualan Netizen

Berang Ditanya Dan Lempar Botol Sos Pada Rider, Tindakan Biadab Vendor Ini Jadi Bualan Netizen

Malah, ada juga yang mengatakan mungkin ada sesuatu yang ‘trigger’ peniaga tersebut sehingga bertindak membaling botol sos itu. Tidak hanya itu, segelintir netizen juga berkata pasti akan ada rider yang dimarah pelanggan disebabkan lama menunggu pesanan.