Penyerang Hungary, Martin Adam mendapat perhatian dari seluruh peminat bola sepak ekoran fizikal badannya yang berbeza dengan pemain lain ketika tampil dalam temasya UEFA EURO 2024 baru-baru ini.

Adam dimasukkan pada pada minit ke-79 menggantikan Milos Kerkez dalam perlawanan yang menyaksikan Hungary tewas dengan keputusan 3-1 kepada Switzerland dalam perlawanan pertama kumpulan A.

Baca Juga:

Ketika dimasukkan, ramai peminat di laman media sosial terutamanya memberikan perhatian kepada fizikal Adam yang dianggap besar serta mempunyai wajah yang kasar.

Ketika ditanya mengenai body shamming yang dilakukan terhadapnya di media sosial, Adam menyatakan beliau hanya mampu tersenyum apabila melihat perkara yang diperkatakan mengenainya.

“Hantaran di media sosial? Sudah pasti ada satu atau dua yang sampai kepada saya. Biasanya saya hanya akan ketawa apabila melihatnya. Saya dilahirkan seperti ini. Bukan saya mengatakan badan saya sebesar ini ketika dilahirkan. Tetapi saya mempunyai apa yang perlu sebagai seorang penyerang.

“Saya mempunyai fizikal, genetik dan saya tidak boleh mengubah semua itu,” katanya.

Pada masa yang sama, ada peminat yang suka dengan Adam dimana mereka berpendapat itu adalan badan yang sepatutnya dimiliki oleh semua penyerang dan mereka mahu pemain yang beraksi bersama kelab Korea iaitu Ulsan HD itu untuk menyinar dalam kejohanan edisi kali ini.

Bersama Ulsan, pemain berusia 29 tahun itu membantu kelab tersebut memenangi saingan Liga Korea pada musim 2022 dan 2023.