Selain Golden Screen Cinemas dan TGV Cinemas, MBO Cinemas merupakan antara pawagam kegemaran ramai. Malah, MBO Cinemas adalah pawagam ketiga terbesar di Malaysia.
MBO Cinemas memiliki 27 pawagam di seluruh negara kini berdepan dengan pelupusan secara sukarela susulan isu aliran tunai akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac lalu.
Menurut laporan, lembaga pengarah MCAT Box Office Sdn Bhd meluluskan resolusi untuk meletakkan syarikat berkenaan bawah pelan pelupusan secara sukarela dengan menutup perniagaan dan menjual aset untuk membayar pemiutang.
Setakat 31 Dis 2018, jumlah aset MBO Cinema bernilai RM197.76 juta manakala liabilitinya berjumlah RM111.31 juta. Difahamkan, MBO Cinemas hanya membuka 4 pawagam miliknya ketika ini.
Kongsikan kenangan anda di MBO Cinemas jika ada. Pastinya penularan wabak COVID-19 ini memberikan kesan kepada kesemua industri dan tidak terkecuali peniagaan besar.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa perniagaan yang terjejas disebabkan COVID-19. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Lebih 40 Tahun Beroperasi, Holiday Inn Resort Di Pulau Pinang Bakal Ditutup
Netizen Sedih Hotel Puteri Pacific Di Johor Bahru Bakal Ditutup Selepas 29 Tahun Beroperasi
Diambang Kejatuhan, Netizen Sedih Dan Mahu Kerajaan Pertahankan Malaysia Airlines