Kalau disebut nama Khairul Aming, boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia mengenalinya. Beliau selalu menghasilkan video masakan dan pada setiap bulan Ramadan, ramai orang ternanti-nanti menu yang akan dikongsikan olehnya.

Percaya atau tidak, pengaruh Khairul Aming dalam kalangan rakyat Malaysia cukup besar? Bayangkan, penjualan Sambal Nyet pun laku keras, apalagi barangan untuk membuat resipi yang dikongsi olehnya setiap hari.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @neyrashazeyra telah berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan bahan-bahan masakan di satu sudut di sebuah pasar raya.

Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat rak khas menampilkan bahan-bahan yang digunakan oleh Khairul Aming untuk membuat minuman dalam videonya baru-baru ini.

Ini menunjukkan ada pasaraya yang menyediakan sudut khas untuk memudahkan pelanggan membeli bahan-bahan untuk mencuba menu dikongsikan Khairul Aming.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen mengatakan mereka juga perasan akan perkara itu di pasar raya lain. Malah, ada juga netizen mengatakan inilah pengaruh kuat Khairul Aming sehingga pasar raya pun ‘up to date’ dengan menu harian dikongsinya.