Pada 13 Januari lalu bot Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis yang ditambat di jeti JKDM Kuala Perlis hilang dibawa lari sindiket penyeludup sempadan Malaysia-Thailand.

Tiga hari kemudian ia ditemui semula selepas gerakan bersama pihak berkuasa Thailand di kawasan sungai berhampiran perairan Satun, Thailand.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik Berita Harian, Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim, berkata kejadian itu dipercayai berhubung kait dengan siri operasi pembanterasan penyeludupan terutama daun ketum di perairan Perlis yang dijalankan pihaknya selama ini.

Bot Kastam Perlis Dibawa Lari Sindiket, Jumpa Di Thailand
Sumber Gambar: Siamrath.co

“Kehilangannya disedari pada pagi 13 Januari itu menyebabkan kita terus membuat laporan di Balai Polis Kuala Perlis. Kita percaya sampan itu dicuri di antara jam 4 hingga 6 pagi secara memotong tali menambatnya dengan pelantar jeti.

“Bot bernilai RM150,000 itu sering digunakan kita untuk tugasan risikan dan rondaan. Kita percaya sindiket penyeludupan cuba mendapatkan balik bot milik mereka yang kita rampas dan sita dengan menceroboh kawasan jeti itu.

“Namun, paras air jeti pada waktu itu sedang surut, bot milik suspek yang dirampas itu tidak dapat dialihkan kerana berada di kawasan berselut sehingga menyukarkan sebarang pergerakan membuat mereka nekad mencuri dengan menundanya ke Thailand,” katanya di sini, hari ini.

Bot yang hilang itu ditemui di sebalik pokok di kawasan sungai Khlong Senten, Tambon Tammalang, Satun yang terletak kira-kira 30 kilometer dari jeti JKDM Kuala Perlis pada 16 Januari lalu.

Bot Kastam Perlis Dibawa Lari Sindiket, Jumpa Di Thailand
Sumber Gambar: Siamrath.co

Ia ditemui dalam keadaan sempurna tanpa ada sebarang pengubahsuaian. Enjinnya juga masih ada ketika ditemui pihak berkuasa negara itu.

Ismail percaya penyeludup mempunyai hasrat melakukan pengubahsuaian terhadap sampan itu dan berkemungkinan menjualnya termasuk komponen enjin.

Tiada unsur ‘orang dalam’ sabotaj bot

“Siasatan oleh jawatankuasa siasatan dalaman merumuskan kehilangan sampan milik kita tidak mempunyai unsur atau anasir ‘orang dalam’ sebaliknya lebih kepada tindakan balas dendam penyeludup terhadap kerugian yang ditanggung mereka.

“Kita menolak kemungkinan wujudnya pembabitan nelayan tempatan dan negara jiran dalam hal ini,” katanya.

Sumber