Baru-baru ini, pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman telah menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-9 bersama suaminya, Razzi Razak.

Oleh itu, Norreen telah berkongsi beberapa keping gambar ketika meraikan hari bahagia tersebut bersama suaminya dan dapat dilihat dia menggayakan crop top berwarna hijau menampakkan bahagian perutnya.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi kapsyen yang ditulis, Norreen berkata dia bersyukur apabila dikurniakan suami yang memahami dan sentiasa mengambil peduli terhadapnya.

Walau bagaimanapun, penampilan Norreen yang dilihat tampil seksi selepas kurus menjadi bualan ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang selepas melihat gambar yang dikongsikan oleh Norreen.

Bukan itu sahaja, para netizen turut memberikan teguran kepadanya meskipun sudah kurus tidak perlu berpakaian sebegitu untuk menunjukkan diri kurus.