Nama usahawan terkenal, Hafiz Mahamad tidak perlu diperkenalkan lagi dan pastinya ramai mengenali insan ini yang sering menghulurkan bantuan kepada orang ramai.

Terbaharu, Hafiz Mahamad telah berkongsi di Instagram miliknya dimana dia membuat kejutan kepada 120 stafnya dengan memberikan mereka pakej mengerjakan umrah.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Sebagai tanda menghargai kerja keras pekerjanya yang bersama-sama membangunkan perniagaannya maka dia telah mengajak pekerjanya yang baru atau lama berkhidmat bersama syarikatnya untuk mengerjakan umrah.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pekerja Hafiz menangis kesyukuran kerana diberikan peluang untuk menunaikan umrah oleh Hafiz.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji Hafiz kerana menghargai pekerjanya serta tumpang terharu melihat dirinya melayan pekerja dengan baik.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar perniagaan Hafiz dan isteri bertambah maju supaya dapat menghulurkan bantuan serta memberikan kebahagiaan kepada orang lain.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Job’ Semakin Kurang, Persatuan Dukun Indonesia Buat Laporan Polis Terhadap Pesulap Merah

Gara-Gara Pengabdi Setan 2, Lokasi Filem Ini Telah ‘Ditutup’ Selepas Dibanjiri Pengunjung