Setiap individu bergelar ‘anak’ mahu membahagiakan ramai pihak di sekeliling, lebih-lebih lagi kedua ibu bapa yang banyak berkorban untuk membesarkan seorang anak.
Bagaimanapun setiap individu mempunyai had kewangan tersendiri dalam berbelanja untuk diri sendiri, apatah lagi untuk orang lain.
Baca Juga:
- Buat ‘Loan’ RM40,000 Untuk Majlis Kahwin, Isteri Simpati Lihat Suami Derita Mahu Bayar Hutang
- Dakwa Menyesal ‘Loan’ Beli Alphard, Pengakuan Pemilik MPV Mewah Undang Pertikaian Netizen
- Pernah Jadi Founder, Perempuan Ini Dedahkan Penipuan Dalam Modus Operandi Bisnes Timbang Kilo
Baru-baru ini dalam Facebook Group ‘B40 Buat Perangai Apa Hari Ini’ berkongsi screenshot daripada Facebook Group lain. Screenshot itu merupakan luahan hati seorang anak yang terpaksa diisytihar muflis atas pinjaman yang dibuat pada sebuah bank.
“Maaf tumpang tanya, saya baru dapat mesej yang mengatakan notis kebankrapan ke atas saya telah difailkan di mahkamah. Pinjaman bank sebanyak rm200,000.
“Buat pinjaman pun sebab ibu bapa yang suruh untuk mereka buat rumah sebab saya seorang sahaja anak yang kerja kerajaan.
“Tapi sekarang saya yang terbeban untuk bayar. Apa yang bakal terjadi selepas diisytihar muflis ya?” tanya individu berkenaan.
Individu itu turut bertanya adakah kereta second hand yang dibeli pada harga RM30,000 akan dilelong dan kad bank miliknya akan disekat selepas diisytihar bankrap nanti.
Lebih menyedihkan lagi, ibu bapa individu tersebut sudah tahu mengenai situasi tersebut. Namun kedua-duanya menyatakan adalah tugasnya anak untuk membahagiakan mereka, lebih-lebih hanya dia seorang sahaja yang berkerja kerajaan.
Andaikata individu itu ingkar, ibu bapanya menganggap dirinya bukan anak mereka dan dianggap ‘tak kenang budi’ atas budi mereka menjaga dirinya sejak kecil lagi.
Dalam pada itu orang ramai menasihati individu tersebut mendapatkan bantuan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan khidmat nasihat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Orang ramai turut berpesan agar sentiasalah beringat ‘duit kocek’ sendiri, ini kerana jika tersilap membuat keputusan ketika membuat pinjaman, boleh menjerat diri sendiri di kemudian hari.
Bak kata salah seorang netizen — “Ibu bapa bukan tabung kecemasan anak-anak. Anak-anak bukan tabung persaraan ibu bapa.”