Selain saiz lembu yang kurus kering, insiden lembu selalu terlepas sehingga menggugat ketenteraman awam turut menjadi bualan hangat setiap kali Hari Raya Korban.
Baru-baru ini tular satu klip video di mana seorang budak perempuan disondol seekor lembu korban.
Baca Juga:
- ‘Macam Tak Sihat Je’ – Netizen Kesian Lembu Kurus Kering Dijadikan Korban
- Orang Korea Jual ‘Lemang Instant’, Siap Batang Buluh Dalam Pek
- Ini Sebab Daging Korban Tak Sesuai Dimasak ‘Steak’
Menerusi video dikongsikan semula X.com @update11111, orang ramai lari bertempiaran apabila dikejar seekor lembu terlepas daripada ikatannya.
Bagaimanapun seorang budak perempuan tidak bernasib baiik apabila lembu berwarna coklat meluru ke arahnya lalu menyondol sehingga jatuh ke atas tanah.
Kesian budak tu…. pic.twitter.com/tlvHWy0rfc
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) June 17, 2024
Selepas lembu itu lari meninggalkan kawasan, seorang lelaki segera mengangkat budak perempuan itu masuk ke dalam khemah.
Hantaran video itu mencuri tumpuan netizen. Ramai berasa ‘sakit’ apabila melihat budak perempuan itu melambung disondol sampai jatuh ke tanah.
Pada masa sama netizen mempersoalkan aspek-aspek keselamatan oleh penganjur. Saban tahun pasti ada lembu korban terlepas sampai ada yang tercedera dan menggugat ketenteraman awam.
budak tu confirm trauma lepas ni. Yang si urus pun satu tapi tak ikat/cek elok elok
— Syamil🇲🇾 (@Syamilrafee) June 18, 2024
tiap tahun benda sama, lembu terlepas.
ni buat event takda orang berpengalaman ke?main kutip ja siapa urus lembu korban?
— Ikram Mohd Noor (@IkramMohdNoor) June 18, 2024
Dalam pada itu, ada netizen menegaskan insiden itu berlaku di luar kawalan kerana lembu mengamuk dan terlepas tiba-tiba — ia bukan perkara yang disengajakan.
Bagaimanapun ramai ‘membantah’, perkara itu tidak boleh dijadikan alasan kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai.
Ada mencadangkan mendapatkan khidmat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk turut sama semasa melakukan ibadah korban.
“Aku rasa setiap kali masa korban, kena ada Pegawai PERHILITAN jaga dengan senapang pelali. Tapi itulah susah nak dikawal benda ini, mungkin pihak PERHILITAN buat kursus handle lembu, setiap masjid wajib ada sijil kursus. Mudah dipermudahkan,” ujar X.com @JejakKalbu27.
Sementara itu ada yang mencadangkan ibadah korban dilaksanakan di pusat penyembelihan bertauliah kerana lebih terjamin.
“Sebab itu aku prefer buat dekat pusat penyembelihan bertauliah. Daripada pengendali sampai ke tukang sembelih semuanya professional dan mahir uruskan lembu. Yang lain nak tengok datang sana,” komen X.com dsam_crypto.
Dalam pada itu orang ramai mendoakan agar budak perempuan terbabit segera cepat pulih dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.