Rakyat Malaysia merangkumi pelbagai kaum dan salah satu perayaan yang bakal disambut oleh segenap masyarakat dalam beberapa hari ini adalah Deepavali.
Bagaiamanapun, seorang individu mempersoalkan mengapa ada pusat beli-belah dan tempat awam dihiasi dengan dekorasi perayaan Halloween padahal ia bukanlah sebahagian budaya warga tempatan.
“Serius mengapa pusat beli-belah dan tempat awam di Malaysia ada dekorasi Halloween??? Sejak bila jadi sebahagian daripada budaya kita?” soalnya.
Dalam pada itu, dia turut menegaskan bahawa pada ketika ini adalah musim Deepavali dan perlu menghormati rakyat tempatan yang meraikannya.
@ippadikku_maaran Happy Halloween Deepavali👻🪔 #halloweendeepavali#citysquare
@reshlikespie I mean it’s a mall situated in a Chinese & Malay populated area so I get it… However, it would’ve been a great opportunity to educate non-Hindus on the celebration itself through an interactive exhibition or something ye know? #deepavali #malaysia
Perkara ini dikuatkan lagi apabila wujud beberapa video yang memperlihatkan beberapa pusat beli-belah yang mempunyai dekorasi serta tempat pameran khas yang gah untuk perayaan Halloween tetapi Deepavali kelihatan terpinggir pula.
Susulan hantaran itu dikongsi secara meluas, ia langsung mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya turut bersetuju dengan kenyataan yang Halloween tidak patut menjadi fokus dekorasi di tempat awam.
Malah, ramai merasakan pada saban tahun sambutan perayaan Deepavali sudah tidak gah seperti dahulu dan ada baiknya diperhebatkan semula agar lebih ramai boleh mempelajari berkenaan budaya di Malaysia lebih-lebih lagi pelancong yang datang ke sini.