Pada minggu lalu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan telah meminta penduduk kawasan Blok F Wangsa Maju Seksyen 2 untuk mencabut pintu gril besi yang mengganggu laluan awam.

Bagaimanapun, laporan Berita Harian menyatakan blok flat tersebut didapati keadaannya masih lagi sama seperti minggu lalu.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Hanya dinding yang diconteng sindiran oleh pihak tertentu kepada pemilik unit kediaman di situ berikutan perbuatan memasang jeriji pada laluan awam flat berkenaan, lapor berita itu.

Pengurus bangunan, Nini Farah Syafiqah Geni, 50, mengakui DBKL sudah memberikan notis kepada semua penduduk yang memasang jeriji berkenaan di Blok F1 supaya membuka semula binaan terbabit dalam tempoh 14 hari bermula 10 Januari lalu.

“Sekiranya mereka tidak buka DBKL akan datang dan membukanya.

“Ada penduduk yang datang bertanya kepada kami mengapa hanya blok mereka sahaja diberikan notis, saya menjelaskan bahawa perumahan berstrata memang tidak membenarkan ubah suai sedemikian.

“Sekiranya ada kejadian yang serupa di blok lain, penduduk Blok F1 juga boleh membuat laporan kepada DBKL,” katanya ketika ditemu bual.

Difahamkan, penduduk yang terbabit juga dikatakan mengambil langkah membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan mereka.

“Laporan polis itu dibuat kerana untuk menjelaskan kepada DBKL bahawa pagar tersebut dipasang bukan kerana suka-suka.

“Dahulu pernah ada kejadian memecah rumah dan juga mengintai. Sebagai langkah keselamatan penduduk di blok tersebut memasang jeriji,” katanya.

Katanya lagi beliau turut menjangkakan isu ini akan dibangkitkan pada Mesyuarat Agung Penduduk Flat Wangsa Maju pada Mei ini.

“Buat masa ini, isu ini boleh dianggap selesai dan tindakan susulan adalah berdasarkan budi bicara DBKL dan tindakan daripada penduduk,” katanya.

Sumber