Pasukan Bunga Raya Damansara menagih khidmat beberapa pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro musim ini.

Baru-baru ini, Bunga Raya memperkenalkan barisan pemain dan juga jersi yang bakal dalam saingan Liga A1 dimana kelibat nama-nama besar dapat dilihat dalam video pelancaran.

Baca Juga:

Antara bekas pemain skuad kebangsaan yang beraksi bersama Bunga Raya musim ini ialah K. Gurusamy, pemain yang pernah beraksi di Korea iaitu R. Kogileswaran, bekas penyerang, Khyril Muhymeen dan K. Reuben.

Gurusamy, Khyril dan Kogi pernah beraksi bersama sewaktu mereka menyarung jersi Petaling Jaya City FC dalam saingan Liga Super sebelum kelab itu dibubarkan.

Selain itu, beberapa pemain yang pernah beraksi di Liga Super seperti Raja Imran Shah, K. Prabakaran, Thivendran dan D. Kugan turut menjadi sandaran bagi Bunga Raya Damansara.

Bunga Raya bakal memulakan saingan musim ini menentang Harini FT dan tiga mata menjadi sasaran mereka sekaligus memulakan kempen dengan langkah kanan.