Hari Raya bakal berkunjung tiba pada hari Sabtu ini. Selain menyediakan duit raya, pasti anda juga mungkin berminat mengetahui cara cipta kad raya digital untuk dikongsikan bersama keluarga tersayang.
Salah satu platform yang boleh digunakan untuk membuat kad raya digital adalah Canva. Dengan Canva, anda boleh mereka pelbagai aneka kad digital menarik secara percuma sahaja. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk ketahui lanjut.
Baca Juga:
- Begini Cara Semak ‘Online’ Keadaan Lebuh Raya Sebelum Pulang Ke Kampung
- 6 Platform Pembayaran Zakat Fitrah ‘Online’ Untuk Membuat Bayaran Dengan Mudah
Cara cipta kad raya digital dengan Canva
1. Lawati laman Canva dengan klik di ini.
2. Pergi pada ruang carian dan masukan frasa Hari raya e-card.
3. Pilih mana-mana rekaan template yang ditawarkan untuk dijadikan kad raya digital.
4. Kemudian klik pada + lalu klik pada Upload untuk menambah grafik atau gambar anda menerusi template tersebut.
5. Untuk jadikan gambar anda tampak blend bersama template, anda boleh gunakan ciri remove background pada Canva yang mana berbayar atau pun lawati laman web remove.bg yang boleh diakses secara percuma.
6. Selepas itu, anda lakukan beberapa suntingan atau penambahan dengan tools yang disediakan sehingga berpuas hati.
6. Akhir sekali, klik pada bucu kanan atas gambar anak panah ke atas dan mulakan muat turun kad raya digital yang sudah siap.
Selain itu, anda juga cipta kad raya berbentuk video dan dimasukkan lagu yang mana tampak lebih kreatif menerusi Canva. Malah, anda boleh berkongsi sahaja pautan kad raya digital peribadi jika mahu menjimatkan ruang peranti.
Diharapkan dengan tutorial ini boleh memudahkan anda membuat kad raya digital lalu dikongsi bersama keluarga dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim di bulan Syawal nanti.