Gambar duplicate merupakan punca utama menyebabkan storan dalaman iPhone menjadi terhad. Salah satu solusinya adalah dengan cara padam gambar duplicate yang terdapat pada aplikasi Photos yang digunakan.

Anda boleh gabungkan gambar menerusi perisian iOS tanpa perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga dengan mudah sekaligus menjimatkan storan dalaman peranti. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara gabungkan gambar duplicate di iPhone

1. Pertama sekali, pergi ke aplikasi Photos dan pilih menu Album.

2. Kemudian, skrol ke bawah pada bahagian Utilities lalu pilih menu Duplicates.

cara gabungkan duplicate gambar
Sumber Gambar: Wccftech

3. Di sini, anda bakal dipaparkan dengan senarai gambar dan video yang mempunyai fail yang sama. Tekan Select dan pilih mana-mana gambar atau video yang anda ingin gabungkan pada senarai yang dipaparkan.

Sumber Gambar: Wccftech

4. Anda juga boleh pilih kesemua fail media sekaligus dan tekan pada menu merge di bahagian bawah. Selepas itu, selesai sudah proses gabungan gambar atau video yang sama menjadi satu fail sahaja.

Sumber Gambar: Wccftech

Dengan menggabungkan fail media ini, anda boleh menjimatkan storan dalaman pada peranti sekaligus membolehkan lebih banyak gambar atau video baharu ditambah menerusinya. Perlu diingatkan, sebarang perubahan bakal memberi kesan kepada album gambar yang disimpan pada iCloud termasuklah di iPad dan sebagainya.

Diharapkan dengan tutorial cara gabungkan gambar duplicate ini boleh menyelesaikan masalah storan yang mungkin menghantui anda selama ini. Kongsikan artikel ini kerana sebahagian pengguna iPhone mungkin tidak mengetahui perkara ini dan menghadapi masalah yang sama.

Sumber