Kita sudah pun sedia maklum berkaitan pembubaran parlimen baru-baru ini sekaligus menandakan pilihanraya sudah semakin hampir. Buat  mereka yang mahu mengundi buat pertama kali, anda perlu mengetahui cara menyemak status pendaftaran pemilih terlebih dahulu.

Untuk memudahkan proses tersebut, pihak Suruhanjaya Pilihanraya sendiri sudah menyediakan sebuah aplikasi rasmi yang dikenali sebagai MySPR Semak. Menerusinya, pengguna boleh semakan daftar pemilih dan mengetahui status semasa. Kini anda boleh pelajari secara terperinci dengan tutorial di bawah.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara semak status pendaftaran pemilih di MySPR Semak

1. Anda perlu memuat turun aplikasi MySPR Semak sama ada daripada Google Play Store atau pun App Store pada peranti.

2. Kemudian, tekan pada Semakan Daftar Pemilih.

cara semak daftar pemilih
Sumber Gambar: App Store

3. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor perkhidmatan tentera @ polis tanpa jarak pada ruangan yang disediakan lalu klik Semak.

Sumber Gambar: App Store

4. Maklumat lengkap pendaftaran anda akan dipaparkan merangkumi lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri.

Sumber Gambar: App Store

Selain membuat semakan daftar pemilih, anda juga boleh menyemak calon pilihan raya yang bakal bertanding di lokasi anda daripada setiap parti yang terlibat dengan mudah padanya. Keputusan juga bakal dipaparkan apabila sudah selesai kiraan undi sewaktu pilihanraya berlangsung kelak.

Untuk yang berada di luar negara, anda hanya perlu mendaftar akaun baharu menggunakan kad pengenalan pada laman rasmi MySPR. Sebaik akaun anda disahkan oleh pihak SPR, anda boleh memohon untuk mengundi secara pos. Seleaps itu, barulah anda boleh mengundi secara pos walau di mana jua.

Buat mereka yang sudah berusia 18 tahun, anda secara automatiknya bakal layak menjadi pengundi untuk Pilihan Raya 15 kelak. Aplikasi ini sememangnya direka khas untuk memudahkan urusan berkaitan PRU-15. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai cakna dengan fungsi-fungsi aplikasi serba mudah ini.

Sumber