Hasrat peminat bola sepak tanah air untuk melihat pemain warisan beraksi bersama skuad kebangsaan hampir menjadi kenyataan.

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan mengenai revolusi yang bakal dilalui oleh pasukan kebangsaan.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi laman media sosial miliknya, Tunku Mahkota Ismail menegaskan ketua jurulatih baharu akan diumumkan pada 16 Disember dan beberapa penambahbaikan akan dilakukan tidak lama selepas itu.

“Esok (hari ini) akan diumum berkenaan ketua jurulatih skuad kebangsaan dan B-23 Tahun, pasukan perubatan serta teknologi yang bakal memberi impak kepada skuad kebangsaan.

“Selepas ketua jurulatih selesai, akan diumum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengarah teknikal dalam masa terdekat.

“Akan ada mesyuarat dengan wakil FIFA untuk mendapatkan data mengenai pemain warisan yang beraksi di luar negara,” katanya.

Pengendali dari Australia, Peter Cklamovski menjadi pilihan utama untuk mengisi jawatan sebagai ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya.

Jurulatih berusia 46 tahun itu mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak antarabangsa dimana beliau memainkan peranan penting bersama Ange Postecoglou ketika Australia memenangi temasya Piala Asia 2015 dan ketka membantu Yokohama F. Marinos memenangi J1 pada 2019.

Selain bersama skuad senior, Peter juga pernah menjadi pembantu dalam skuad B-17 Tahun Australia pada 2017 dan ini menunjukkan beliau mempunyai pengalaman bekerja bersama pemain muda dan juga senior.

Sebelum ini, Peter menjadi ketua jurulatih bagi kelab yang beraksi dalam saingan Liga Jepun iaitu FC Tokyo.

Selain Cklamovski, seorang lagi bekas pemain Australia iaitu Tim Cahill bakal menyertai skuad Harimau Malaya dimana beliau bakal mengisi jawatan sebagai penasihat skuad kebangsaan.