Memandangkan lebih ramai menggunakan ChatGPT sebagai tempat pertanyaan pada ketika ini, kini Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri selaku bekas mufti WP mengulas sedikit tentang ChatGPT dari sudut Islam.
Menerusi ciapan terbaharunya, beliau berpendapat ChatGPT sememangnya sebuah kecerdasan buatan yang sangat bagus dan luar biasa namun kurang sesuai dijadikan rujukan untuk hal berkaitan agama islam.
Baca Juga:
- ‘ChatGPT Bakal Mengubah Dunia Kita’- Bill Gates
- Gara-Gara Kehadiran ChatGPT, Individu Ini Jangka Google Mungkin ‘Jatuh’ Dalam Tempoh Dua Tahun Lagi
Saya telah ditanyakan berkenaan ChatGPT. Berdasarkan penelitian, saya dapati buat masa ini, ia adalah sistem Kecerdasan Buatan (AI) yang amat baik dan luar biasa namun kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam. [1/5] pic.twitter.com/QXgevuyWWz
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) February 16, 2023
Beliau menambah lagi bahawa sistem tersebut boleh diperbetul jika ia memberi penerangan yang salah namun ia tidak mampu menilai isu, mentajrih pandangan atau pun memberikan jawapan yang bersesuaian dengan soalan.
Walaupun boleh dijadikan panduan namun harus ingat jawapan yang diberikan tidak semestinya tepat. Kita pun sedia maklum perihal agama sewajarnya ditanyakan kepada mereka yang lebih arif dan boleh berfikiran secara kritikal seperti manusia.
Beliau mengakhiri ciapan dengan mengatakan ia bukanlah pilihan yang sesuai untuk diteroka oleh masyarakat awam yang menginginkan jawapan bagi persoalan agama. Sempat juga beliau mempromosikan sebuah laman khas yang boleh menjawab persoalan-persoalan agama iaitu maktabahalbakri.com.