Rozita Che Wan atau Che Ta memberikan amaran kepada 4 individu yang mengeluarkan kata kata kesat ke atas anaknya Aaisyah.
Che Ta berkongsi detik anaknya terkejut melihat komen netizen yang tidak bertanggungjawab serta komen yang dianggap melampau.
Che Ta menuntut permohonan maaf secara terbuka menerusi video. Kerana dia tidak berminat untuk bersemuka secara peribadi dengan 4 individu tersebut.
Che Ta bercakap kepada mStar: “Saya tidak tahu sebab empat individu ini belum muncul lagi buat permohonan maaf tapi saya rasa memang susah untuk maafkan mereka yang hitam hatinya sebab tak tahu apa masalah pihak tu dengan anak saya.
“Kalau anak saya buat salah dekat dia dan dia kutuk anak saya tak apa minta maaf ini anak saya tak buat salah apa-apa, jadi apa masalah Aisyah kepada pihak tu sampai nak mengutuk macam tu.
“Saya minta individu terbabit untuk buat permohonan maaf secara terbuka menerusi video, tak ada masa jumpa orang jijik dan hitam seperti ini.”
Che Ta memuji Aaisyah yang kekal tenang melihat komen jelik tersebut. Mungkin kerana Aaisyah tidak begitu tahu secara mendalam maksud komen tersebut kata Che Ta.