Chef selebriti terkenal, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail baru-baru ini menerima anugerah Michelin Bib Gourmand untuk restorannya De.Wan 1958.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Chef Wan menjawab persoalan orang ramai yang bertanya sekiranya dirinya tidak teringin untuk menerima anugerah Michelin Star seperti chef popular antarabangsa, Gordon Ramsey.
Baca Juga:
- Upah Hampir RM6,000 Sebulan, Chef Wan Rasa Tenang Ibu Dijaga Jururawat Khas
- Chef Wan Nasihat Aliff Syukri Perbaiki Resipi Produk Sebelum Jual Kepada Orang Ramai
- Chef Wan Kecewa Anaknya Nikah Tanpa Pengetahuan Di Siam, Serina Jelaskan Perkara Sebenar
Menurutnya, dia bukan chef yang terbaik seperti chef yang lain yang menjalankan restoran mereka sendiri dan mengetuai pasukan masakan. Malah, Chef Wan tidak pernah meletakkan diri dalam posisi yang tinggi itu dari awal pembukaan restorannya.
Selain itu, dia menambah, usianya semakin meingkat sekarang, jadi keinginan atau semangat untuk berada di dapur semakin pudar. Bukan itu sahaja, dia memberi gaji yang tinggi untuk semua top chefnya serta memberi mereka bimbingan dan latihan memasak resepi yang terbaik darinya.
“Orang tak akan pernah nampak anugerah Michelin Star dalam diri saya. Sepanjang saya hidup, saya dikenali sebagai ‘World TV Chef Star’, tak cukup ke semua tu?” tulisnya di kapsyen Instagram miliknya itu.
Dia turut menjelaskan restorannya, De.Wan 1958 adalah sebuah restoran yang besar dan mempunyai ramai kakitangan. Hal ini sukar untuk mengekalkan standard yang tinggi seperti Michelin Star lakukan.
Restoran De.Wan 1958 menerima sebanyak 800 kepada 1,000 tetamu pada hari minggu serta tidak mudah untuk mengekalkan konsistensi dan kualiti dalam masakan.
Bahkan, restoran De.Wan 1958 tidak menghidangkan minuman alkohol, perhiasan atau penetapan meja makan dan tiada kakitangan perkhidmatan profesional bergaji tinggi.
“Tak semua orang mampu untuk makan di restoran bertaraf Michelin kerana harga makanannya terlalu mahal,” ujarnya lagi.
“Jadi kami mempunyai semua kelebihan untuk membuat wang dengan menyesuaikan restoran kami kepada mereka yang mahu menikmati makanan berkualiti tinggi dengan perkhidmatan terbaik dan harga berpatutan.
Sementara itu, cef yang berusia 64 tahun itu mengatakan dengan harga yang berpatutan dan lokasi yang strategik, semua rakyat Malayia mampu makan di restoran De.Wan 1958 ini.