Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia terpaksa menelan kepahitan tersingkir seawal pusingan pertama dalam saingan China Masters 2024 selepas tewas kepada Lakshya Sen, sebentar tadi.
Ia merupakan kekalahan kelima dialami Zii Jia kepada lawan dari India itu dalam tujuh pertemuan sesama mereka sejak 2016.

Baca Juga:
- ‘Apa Salah Saya’ – Lee Zii Jia Menitiskan Air Mata Kenang Nama Sering Menjadi Kecaman
- Hairul Azreen Dapat Hadiah Raket Sukan Olimpik Daripada Lee Zii Jia
- ‘Kuasa Veto’ BAM Buat Lee Zii Jia Undang Pelbagai Komen Daripada Atlet Dalam Dan Luar Negara
Berdepan lawan yang berada di ranking ke-17 dunia, Zii Jia langsung tidak diberikan laluan mudah sejak daripada awal permainan.
Sebaliknya, Lakshya memperagakan corak permainan cukup bertenaga untuk mendahului 11-4 pada rehat ‘interval’ set pertama.
Kelebihan itu digunakan sebaiknya oleh Lakshya untuk memenangi set pertama dengan jurang mata 21-14.
Tersentak dengan kekalahan tersebut, Lee Zii Jia tampil dengan lebih baik pada set kedua hingga membolehkannya menang 21-13 bagi mengheret aksi ke set penentuan.
Set ketiga pula menyaksikan selepas mendahului 12-10, Lakshya Sen tidak memandang ke belakang lagi untuk memastikan kemaraan ke pusingan 16 dengan kemenangan 21-13.
Sementara itu dua wakil negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien berjaya mara ke pusingan kedua, namun gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.
China Masters 2024 merupakan kejohanan berstatus Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) dimana menawarkan hadiah wang tunai serta mata ranking yang cukup tinggi untuk menjadi rebutan para pemain.