Pelajar sekolah merupakan salah satu ‘pasaran’ buat peniaga-peniaga yang mahu mendapatkan wang mudah dan segera. Cukup memasukkan elemen ‘bijak pandai’ dan keagamaan, mereka boleh mengaut untung besar.

Baru-baru ini tular satu hantaran Facebook dan tular di media sosial mengenai Coklat Minda dan Doa yang ditawarkan kepada para pelajar tadika.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi hantaran Facebook Anna Shafize, beliau meminta mana-mana ibu bapa agar tidak termakan dengan edaran kertas ‘Coklat Minda Dan Doa’ yang didakwa boleh menambah baik kesihatan badan.

Dijual pada harga RM10, coklat itu dijual dalam sebuah botol tanpa sebarang label produk. Apa yang mengejutkan lagi, coklat tersebut bukanlah berbentuk tablet, sebaliknya ianya coklat manisan berbentuk bulat yang boleh didapatkan pada kedai-kedai runcit.

“Sanggup tipu budak-budak, sebotol RM10. Dahsyat coklat ini boleh turunkan kolestrol.

“Sejak bila coklat ini ada DHA untuk tingkatkan fungsi otak? Siap boleh cegah sakit jantung sekali. Penipu!” petik hantaran dalam tangkap layar dikongsikan.

Lebih membuatkan coklat itu overclaim dan menunggang agama, coklat itu didakwa telah dibaca dan didoakan mengikut kaedah para ulama silam.

Coklat itu juga perlu dimakan pada bilangan dan hari ganjil, serta perlu baca selawat terlebih dahulu sebanyak tiga kali.

Produk itu tular dan mendapat kecaman netizen. Ramai meminta pihak sekolah untuk menyaring peniaga yang mahu mengaut keuntungan.

Dalam masa sama, orang ramai meminta ibu bapa untuk sentiasa peka dengan barangan jualan yang ditunjukkan oleh anak-anak mereka.

Ini supaya dapat mengelakkan mereka daripada ‘membazir’ dan anak-anak mengamalkan sesuatu yang boleh mengganggu kesihatan.