Selepas hampir 20 tahun, kumpulan rock dari British, Coldplay akhirnya berjaya memecahkan rekod biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan mencatatkan 75,000 kehadiran di Stadium Bukit Jalil.
Melalui ciapan yang dibuat oleh laman sosial X, Pop Crave, difahamkan bahawa rekod 2004 yang dipegang Siti dengan kehadiran 70,000 lebih penonton akhirnya dipecahkan oleh Coldplay pada 22 November lalu.
Baca Juga:
- Fazura Menangis Kibar Bendera Palestin Di Konsert Coldplay
- Peminat Coldplay Indonesia Terkejut Lihat Rakyat Malaysia Sanggup Beratur Seawal 7 Pagi Untuk Konsert
Coldplay’s #COLDPLAYinKL is now the all-time highest-attended concert in Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia. @coldplay #MusicOfTheSpheresWorldTour 🌌
Source: The Star, New Straits Times pic.twitter.com/G1akzcOxGD— Pop Crave (@heize81) November 23, 2023
Selain itu, konsert AR Rahman tahun ini pula berada di tempat ke-3 denga kehadiran 67,000 orang, manakala Blackpink berada di tangga ke-4 dan artis Jacky Cheung melengkapkan senarai lima teratas.
Untuk rekod, konsert Coldplay di Stadium Bukit Jalil adalah yang pertama kali pernah diadakan di Malaysia selepas 27 tahun penubuhan kumpulan itu.