Penyerang Uruguay, Luis Suarez dilaporkan cuba gigit pemain Colombia, Miguel Borja ketika perlawanan separuh akhir Copa America yang berlangsung semalam.

Aksi pergaduhan berlaku antara kedua-dua pasukan selepas tamat perlawanan yang turut menyaksikan beberapa pemain Uruguay bertumbuk dengan penyokong lawan di tempat duduk penonton.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun begitu, disebalik pergaduhan tersebut, insiden Suarez yang cuba bertindak mengigit leher Borja turut menarik perhatian peminat bola sepak dunia dan tular menerusi satu rakaman video di media sosial.

Video itu memaparkan Suarez sempat meletakkan kepalanya di leher Borja dan seolah-olah mahu mengigitnya. Bagaimanapun, Borja sempat mengelakkan serangan tersebut.

Suarez sememangnya cukup dikenali sebagai ‘drakula’ oleh peminat bola sepak kerana sebelum ini dilaporkan pernah mengigit tiga pemain termasuk Chiellini ketika Piala Dunia 2014.

Pemain berusia 37 tahun itu pernah digantung daripada aktiviti bola sepak selama 4 bulan termasuk perlawanan antarabangsa selepas didapati bersalah mengigit Chiellini.

Malah, ketika bergelar pemain Liverpool, beliau juga dihukum tidak dibenarkan beraksi dalam 10 perlawanan EPL apabila dia membenamkan giginya ke lengan pemain Chelsea, Ivanovic pada tahun 2013.

Semasa bermain untuk Ajax pada 2010, pemain Uruguay itu menggigit bahu pemain PSV Otman Bakkal, mengakibatkan penggantungan tujuh perlawanan.