Streamer terkenal IShowSpeed menjadi perhatian warga maya sekali lagi selepas Cristiano Ronaldo ajar atau membetulkan cara beliau sebut ‘santai’.

Tapi sebelum anda terkejut, beliau bukan berinteraksi dengan Ronaldo sebenar, tetapi Ronaldo versi Artificial Intelligence (AI) yang meniru suara bintang bola sepak Portugal tersebut.

Ronaldo AI ini mengejutkan IShowSpeed dengan pengetahuannya mengenai perkataan yang terkenal di Malaysia dan Indonesia.

Dalam sesi live streaming pada 1 Oktober 2024, Speed—yang memiliki lebih 32.2 juta pengikut di YouTube—dicabar oleh penontonnya untuk berbual dengan AI yang menyerupai suara Cristiano Ronaldo.

Speed tanpa fikir panjang menerima cabaran tersebut dan mengunjungi salah satu laman web yang disarankan oleh peminatnya.

Sepanjang sesi bersama Ronaldo AI tersebut, IShowSpeed tidak dapat menahan diri daripada teruja dan beliau turut bersembang beberapa perkara dengan Ronaldo AI.

“Kamu tahu maksud santai, sebuah kata dari Indonesia?” tanya Speed.

Ronaldo AI membalas sambil ajar cara sebut perkataan santai kepada IShowSpeed.

“Oh ya, aku tahu erti santai. Cuma kamu salah sebut tadi. Bukan ‘sometimes’, tetapi ‘santai’. Itu maksudnya relax, basically just chill out,” jawab AI Ronaldo dengan Speed memberi reaksi terkejut.

Perbualan ini menjadi lebih lucu apabila Ronaldo AI secara berseloroh berkata bahawa dia sudah beberapa kali ke Indonesia, disebabkan itu dia faham maksud ‘santai’.

Namun, saat ditanya mengenai kalimat lain yang tular, iaitu “Minggir Lu Miskin”, Ronaldo AI  memberikan jawapan yang keliru, menganggapnya sebagai frasa dalam Bahasa Jawa dan menyamakan maksudnya dengan ‘Santai’.