Ramai pengguna trak pikap menjadikan kenderaan berkenaan untuk membawa pelbagai jenis muatan dari satu tempat ke satu tempat. Namun tidak semua pengguna 4×4 itu mengutamakan keselamatan terlebih dahulu.
Dalam satu rakaman dashcam yang dikongsikan TikTok @ku_cik, kelihatan sebuah trak pikap model Nissan membawa sebuah peti ais di belakangnya berada di lorong kanan sekali.
Baca Juga:
- Gara-Gara ‘Mulut Kurang Ajar’, Pemandu Trak Pikap Dan Volkswagen Dirakam Bertumbuk
- Ahli Kelab Trak Pikap Dipaksa Beli Kit Keahlian Atau Kena ‘Remove’ Daripada WhatsApp Group
- Perlu Bayar Denda Serta-Merta Jika Mahu Pulang Thailand, Netizen Puji Ketegasan JPJ Perlis
Semasa trak pikap itu memotong kereta mempunyai dashcam, peti ais berkenaan terjatuh ke atas lebuhraya dan terdapat serpihan peralatan elektronik itu melantun mengenai kenderaan lain.
https://www.tiktok.com/@ku_cik/video/7208058098139925787?_t=8aUQkQPBHso&_r=1
Netizen mengecam pemandu trak pikap tersebut yang telah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Pada akhir video tersebut kelihatan sebuah bas dipercayai merempuh peti ais tersebut kerana tidak sempat mengubah lorong untuk mengelak objek berkenaan.
Tambah netizen lagi, jika membawa barangan perdagangan menggunakan kenderaan milik persendirian dan tidak didaftarkan atas nama syarikat merupakan satu kesalahan.
Kesalahan itu melanggar undang-undang di bawah Seksyen 23 (2), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), iaitu kesalahan menggunakan cukai jalan perdagangan pada kenderaan lain.
Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.