Polis sedang mencari seorang warga emas yang dirakam oleh pemandu selepas dia cuba berbuat khianat untuk memecahkan cermin kereta dengan sebongkah batu bata.

Dalam satu video berdurasi hampir 30 saat yang dimuat naik oleh Facebook PolisKL, seorang warga emas dirakam meluru ke arah kereta milik perakam video dengan penuh perasaan marah sambil meminta pemandu tersebut keluar daripada keretanya.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun pemandu hanya terus merakam aksi warga emas itu, lalu menyebabkan dia menumbuk cermin dan mengetuk cermin kereta dengan batu bata yang dipegangnya.

“Polis Kuala Lumpur sedang mengesan individu-individu dalam kejadian tular di bawah.

“Mohon kepada individu terlibat tampil membuat laporan polis di mana-mana balai yang berdekatan bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan,” petik kenyataan Facebook PolisKL.

Menurut pihak polis lagi, kejadian dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, 52100, Kepong, Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat bolehlah hubungi talian berikut 03-6274 2312 (Balai Polis Kepong) atau 03-404 82222 (Bilik Gerakan IPD Sentul).