Baru-baru ini, suami Shila Amzah, Ubai MZ berkongsi ciapan di platform X mengenai sikap culas seorang bapa yang tidak membayar nafkah anak.
Menurutnya, nafkah anak bernilai RM350 tidak diberikan walaupun ia adalah tanggungjawab bapa kandung. Akan tetapi, apabila suami baru kepada bekas isteri memberikan nafkah kepada anaknya, bapa kandung pula tidak dapat menerima kenyataan.
Baca Juga:
- Lelaki Tak Faham Soal Nafkah Anak Suka Salahkan Bekas Isteri
- Cerita Di Sebalik Gambar Ini Buat Saya Fikir Akan Pengorbanan Ayah Yang Didiamkan
- ‘Langsaikan Hutang Ratusan Ribu Dan Masih Tanggung Keluarga’ – Ubai Dedah ‘Kesengsaraan’ Shila Amzah
Nafkah anak tak bagi walaupun RM350, dengan alasan sebab ex dah kahwin. So tanggungjawab anak dah pindah ke suaminya. (Wtf)
Bila suami ex bagi nafkah kat anak kau, kau cakap tu semua duit ex kau, bukan duit suaminya. Sebab suaminya tak kaya.
Hahahahahahaha biawak idop ni kang.
— UbaiMz (@UbaiMz) April 27, 2024
Dalam ciapan tersebut, Ubai turut seakan mengungkit bekas suami kepada individu dimaksudkan langsung tidak memberikan sebarang nafkah, termasuklah membelikan kasut seperti yang diminta anaknya.
“Daripada kahwin sampai cerai satu haram pun tak bagi. Anak minta kasut pun tak bagi-bagi sampai sekarang.
“Dulu pun ex tanggung dari makan, minum, kenderaan dan tempat tinggal. Bil hospital beranak pun langsung kau tak ambik peduli.” ujar Ubai.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen mendakwa perkongsian itu ditujukan kepada bekas suami Shila Amzah iaitu Haris Idraki.
Lol kemahen study sampai overseas ke Ulu Klang bagai. Kerja sana konon before kahwin. Akad nikah sebok nak diungkap dlm english. Tapi perangai lelaki melayu pemalas level biawak hidup menebal betul dlm sanubari. (Watak rekaan semata2) https://t.co/e0ocaJkeyj
— ⭐ Anise (@aniskhalidi) April 27, 2024
Weyh, tau la baru start hari minggu baru.
Tak sempat netizen nak process kes Alif Aziz, dah start new story pulak this weekend.about ex-husband Shila Amzah, Haris.
Letih betul jadi SA, ramai sgt biawak hidup dlm life dia 😟 https://t.co/KVIvA2lXD2— Gojira Rawrr (@adrujaMK) April 27, 2024
Siapa ni? Ex husband shiler ke https://t.co/SKGPFaDGpc
— Zaaa (@ezzaax_) April 27, 2024
Susulan itu, dalam satu laporan media, Ubai enggan mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan tersebut. Tambahnya, dia sekadar berkongsi mengenai sikap seorang bapa yang tidak acuh dalam menjalankan tanggungjawab terhadap anak.