Insiden melibatkan daging rendang yang lesap sebelum masak sebelum ini dianggap konten semata mata.
Influencer Willie Salim telah dikecam warga Palembang kerana dianggap telah memberikan imej dan reputasi buruk kepada mereka. Dan semua yang berlaku adalah konten semata mata, kata mereka.
Kontroversi
Sebelum ini Willie Salim membuat konten memasak 200 kg daging lembu untuk iftar. Namun daging tersebut dikatakan hilang habis dicuri oleh warga Palembang yang berkumpul ketika Willie sedang ke tandas sebentar.
Pihak polis ketika itu menyatakan bahawa mereka tidak mampu menghentikan ramai individu yang mencedok dan mengambil daging lembu daripada kawah yang masih panas. Dalam keadaan daging tersebut masih belum masak.
Polis dedahkan mereka gagal kawal keadaan
Ketua Unit Kemajuan Masyarakat Polis Ilir Barat I, Iptu Rino Ardiansyah, mendedahkan pihaknya ssudah merayu penduduk supaya menunggu sehingga rendang masak.
Bagaimanapun, jumlah penduduk yang ramai berkumpul dan keadaan agak kurang terang, menyebabkan keadaan sukar dikawal.
“Apabila Willie Salim pergi, ramai penduduk di sekitar BKB berebut-rebut mengambil daging rendang yang belum dimasak di dalam kuali yang masih panas.
“Kami telah merayu, tetapi kerana jumlah penduduk yang terlalu ramai, ia tidak dapat dihalang,” jelas Rino.
Willie Salim dituduh sengaja buat konten semata mata
Kemudian, seorang warga Palembang menuduh Willie Salim telah sengaja membiarkan penduduk di situ untuk mengambil daging tersebut semata mata demi konten untuk menarik perhatian penonton dan sukaan. Jelas ianya demi konten semata mata.
Influencer Sedekah Daging Rendang 200kg Untuk Iftar, Namun Lesap Dicuri Ketika Dia Ke Tandas
Salah seorang wanita pertengahan usia mendedahkan bahawa, dia antara orang yang mengambil rendang itu mengaku menunggu rendang masak dari sebelum Maghrib hingga waktu Isyak. Di mana ia mengambil masa sehingga 10 jam untuk siap.
Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa mereka telah dibenarkan mengambil sendiri rendang itu untuk dibawa pulang ke rumah dan menyambung untuk memasaknya.
Dipetik daripada Tribune Sumsel, wanita itu berkata: “Daging itu saya ambil, saya ambil sendiri, tak masak betul, api mereka terlalu kecil. Saya kata 10 jam baru masak, saya ambil sendiri, ada polis kata ‘biar sahaja, ambillah’.”
Bukan itu sahaja, ketika warga Palembang mengambil rendang, dikatakan pengurusnya berada di tempat itu.
“Pengurus mereka masih ada, mungkin nak buat konten lain. Willie Salim berada di dalam kereta dan pengurusnya duduk santai berhampiran tempat letak kereta, manakala penduduk Palembang ditinggalkan untuk mendapatkan rendang mereka sendiri,” tegas wanita itu.
Datuk Bandar Palembang gesa Willie Salim buat penjelasan
Datuk Bandar Palembang, Ratu Dewa meminta Willie Salim segera memberikan penjelasan agar spekulasi negatif tidak terus menular dalam masyarakat.
Beliau berkata: “Kami minta pihak berkenaan memberikan penjelasan dan tabayun berhubung kejadian sebenar, supaya tidak berlaku lagi salah faham atau kesan negatif.
Ratu Dewa turut menegaskan bahawa Kerajaan Kota Palembang tidak melarang kreativiti dan perkongsian konten. Bagaimanapun, beliau mengingatkan aktiviti itu perlu dijalankan dengan perancangan yang baik dan tidak menimbulkan kekecohan.
“Adakah kami salah? Tidak. Dia (Willie Salim) sengaja melakukannya. Itu salah satu cara buat duit melalui konten,” kata seorang lagi tokoh politik, Herman Deru.
Demi konten semata mata
Seorang personaliti TV asal Palembang, Helmy Yahya turut membahaskan isu ini. Dia menuduh konten Willie Salim itu memberikan impak negatif kepada warga Palembang yang selama ini terkenal dengan adab mereka.
Helmy yang sudah berpengalaman dalam membuat konten seperti itu, berpendapat Willie Salim sudah melampaui batas. Willie Salim hanya membuat konten semata mata dengan mengambil kesempatan di atas keadaan seperti itu yang dia jangka boleh berlaku.
Dia mempersoalkan kenapa Willie Salim meninggalkan rendangnya lebih 10 minit di tengah kerumunan manusia. Yang menurutnya: “Itu memang sesuatu yang dia sengaja lakukan [adalah konten semata mata]”, tegasnya.
Helmy mengecam tindakan Willie yang jadikan warga Palembang sebagai konten semata mata. Dia menambah: “Demi konten dan mengejar viewers, sanggup untuk melakukan perkara perkara seperti ini?
“Mungkin secara sedar atau tidak sedar, konten masak rendang 200 kg ini sudah mengaibkan sebahagian orang Palembang.
“Sebelum membuat konten ada baiknya membuat dulu pertimbangan sedalamnya. Tidak semua orang Palembang seperti itu.
“Di sini, saya tidak menyalahkan sesiapapun. Namun apa yang kamu lakukan itu benar benar memberikan tamparan kepada ramai orang Palembang termasuk saya.”
Seorang lagi wakil rakyat Palembang bernama Susan berkata: “Apa niat Willie? Kita semua tidak tahu. Kami sangat kesal kerana seolah olah kami warga Palembang dipersalahkan dalam kejadian ini.
NGO masak 1,000 kg daging
Beberapa NGO di Palembang kemudian mengadakan acara memasak rendang sebanyak 1000 kg sebagai respon untuk memulihkan maruah rakyat Palembang yang dianggap sudah tercemar akibat konten viral tersebut.
1,000 kg daging tersebut diagih agihkan kepada masyarakat di Palembang dalam program ‘Recovery Social Rendang’.
Willie Salim kesa
Willie Salim bagaimanapun masih tidak membuat sebarang pengakuan bahawa konten itu adalah konten semata mata yang dirancang.
Kerana menurutnya dia sendiri tidak menyangka perkara itu boleh berlaku. Dia turut berkongsi beberapa rakaman ada penduduk yang siap membawa besen untuk mengambil daging yang masih mentah itu.
Dia sudah membuat laporan polis di atas kejadian tersebut. Namun dia tetap meminta maaf kerana konten tersebut telah menyinggung segelintir warga Palembang yang kecewa kerana dituduh sebagai masyarakat yang rakus oleh netizen lain.
Namun dia akui kesilapannya dan kegagalan pihaknya kerana tidak menjaga rendang yang sedang dimasak itu dengan sebaiknya.
Di mana dia dak krewnya meninggalkan kawah tersebut untuk berehat sekejap dan pergi ke tandas. Dia menegaskan ini adalah pengalaman baharu untuk mereka, jadi persiapan mereka masih kurang bagus.
Willie berkata: “Saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada semua warga Palembang yang terguris hati dengan kejadian rendang yang viral ini.
“Banyak naratif yang sedang berkembang yang tidak menyenangkan masyarakat Palembang.
“Saya sangka boleh berbuka puasa bersama-sama ribuan warga Palembang, tetapi ternyata persiapan saya belum cukup matang,” katanya.
“Saya tidak menjangka ia boleh berlaku dan itu adalah kebodohan saya. Tolong jangan salahkan rakyat Palembang,” katanya lagi.
@williesalim 🙏🏻🙏🏻
Walaupun ramai yang menuduh Willie Salim membuat konten semata mata, namun masih ramai juga peminatnya yang mempertahankannya. Menurut mereka Willie Salim tidak bersalah.
Yang lain memuji Willie Salim kerana dia meminta maaf tanda dia seorang yang beradab menurut mereka.