Berita perceraian pasangan Fattah dan Fazura telah mengundang pelbagai reaksi oleh sejumlah pihak. Ada yang berpihak kepada Fazura kerana mendedahkan kesusahanya dihadapi selama bersama dengan pasangannya.

Namun, satu reaksi dari seorang peguam syarie terkenal meraih perhatian netizen apabila dia menzahirkan sokongan terbuka kepada Fattah.

Sosok bernama Hafidzah Hassan tersebut telah memuat naik kenyataan ringkas berhubung perkara itu di akaun Facebook peribadinya.

“Selepas 15 tahun mengendalikan kes fitnah dan syariah. Maaf saya ‘team’ Fattah Amin,” tulisnya.

Sumber Gambar: FB

Hantaran beliau ternyata mengundang perbalahan antara netizen apabila ada yang menyokongnya dan sebahagian lain membidas kerana tidak bersetuju.

Di dalam hantaran terbaharunya, dia berkata hanya memberikan pendapat berdasarkan pengalamannya dan mendakwa ramai terlalu overthinking dengan kenyataan tersebut sehingga membuat andaian yang tidak sewajarnya.

Sebagai info tambahan, anda mungkin pernah melihat beliau kerana pernah tular menjadi peguam bela yang mewakili Siti Bainun namun menarik diri atas alasan jadual kerja yang padat.