Biasalah apabila diadakan majlis perkahwinan, tuan rumah bakal menjemput sejumlah individu bagi memeriahkan majlis tersebut. Namun, jumlah tetamu yang besar kadang-kala menyebabkan tempat duduk menjadi terhad pula.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna @S_Myra, dia meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang telah duduk lama di dalam majlis perkahwinan tetapi enggan beredar untuk memberi laluan kepada orang lain pula.

Di dalam video itu, dia bersama ahli keluarganya terpaksa makan di lantai pada bahagian tepi dewan dek kerana tempat duduk yang telah dipenuhi oleh para tetamu yang dijemput.

Sejenis dah habis makan tak reti nak bangun2.. tak hormat tetamu lain dtg nak duduk.. tak paham lahhh orang macam ni..,” tulisnya pada kapsyen tersebut.

Tambahnya pada ruangan komentar, dia telah pun menulis RSVP dengan jumlah ahli keluarganya yang bakal menghadiri majlis perkahwinan tersebut dengan harapan akan mendapat tempat duduk.

@amirameera

Sejenis dah habis makan tak reti nak bangun2.. tak hormat tetamu lain dtg nak duduk.. tak paham lahhh orang macam ni.. 😤😤 #wadding #kenduriwentwrong

♬ kullikikkeli – ̶d̶e̶e̶t̶s̶a̶

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib wanita itu yang perlu duduk di lantai bersama orang tuanya ketika menghadiri majlis tersebut.

Ramai juga berpendapat sikap segelintir individu yang enggan beredar dari majlis setelah selesai makan harus dihentikan kerana mahu memberi laluan kepada tetamu lain pula.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Ada juga memberi cadangan supaya tuan rumah memperuntukkan tempat makan khas untuk saudara-mara atau pun tempat lepak buat tetamu dalam menangani isu berkenaan.