Animasi Upin Ipin sudah menjadi salah satu produk dalam mempromosikan budaya Malaysia di persada antarabangsa dengan yang lebih santai san dekat semua lapisan masyarakat.

Siapa sangka pada suatu hari nanti animasi tempatan bakal ditontonkan di dalam bilik darjah di Korea Selatan?

Menerusi perkongsian video TikTok oleh khai_eon_woo, dia telah merakam momen sekumpulan pelajar sekolah di Korea Selatan sedang menonton siri animasi Upin Ipin di dalam bilik darjah.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah keterujaan para pelajar menonton dengan khusyuk di samping bersorak atau ketawa melihat sesuatu babak di dalam episod yang disiarkan pada televisyen.

Malah, Encik Khai selaku guru juga mendedahkan bahawa pelajarnya turut sudah mengetahui tagline karakter Mael di dalam animasi Upin Ipin iaitu ‘dua singgit’ untuk jualan ayam gorengnya.

@khai_eun_woo

Replying to @TIRA 💞🇲🇾 Diaorang dah tau 2 singgit 2 singgit 2 singgit

♬ original sound – Khai Eun Woo – Khai Eun Woo

Menjengah ke ruangan komentar, rata-ratanya netizen tempatan sangat terhibur melihat gelagar pelajar sekolah korea tersebut kerana sangat menghayati setiap babak dalam episod yang disiarkan.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Dalam masa sama, ramai turut meluahkan rasa bangga kerana animasi Malaysia berjaya mempromosi budaya tempatan serta mempamerkan kehebatan bakat-bakat anak tempatan di mata dunia.