Terkenal sebagai seorang influencer serta memiliki wajah yang jelita, Dahlia Rizal yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan baru-baru ini telah ditemu bual oleh Majalah Wanita.

Menerusi perkongsian ringkas yang dikongsikan menerusi TikTok @majalahwanita, isteri kepada Imran Aqil ini mendedahkan beliau memerklukan sehingga 3 jam untuk menyiapkan diri.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

@majalahwanita

Kalau nak keluar pukul 2, Dahlia akan bersiap pukul 11 #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #dahliarizal

♬ original sound – Majalah Wanita – Majalah Wanita

Kongsi Dahlia, beliau memaklumkan memerlukan masa yang panjang untuk bersiap. Oleh itu, sekiranya beliau dan Imran bercadang untuk keluar pada jam 2 petang, beliau akan mulai bersiap seawal jam 11 pagi.

Menurutnya hal ini membolehkan beliau mempunyai masa yang cukup untuk bersolek serta siap pada masa yang ditetapkan. Perkongsian ringkas Dahlia Rizal ini walaubagaimanapun telah mendapat pelbagai respon di kalangan netizen.

Terdapat netizen yang memaklumkan hanya bersiap selama 5 minit sebelum keluar. Tidak kurang juga yang memaklumkan tidak akan bersiap lama sekiranya memiliki rupa paras seakan Dahlia Rizal.

Untuk pengetahun, Dahlia Rizal dan Imran Aqil baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 10 September lalu.