Penyanyi,  pelakon dan pempengaruh media sosial. Daiyan Trisha mengecam netizen yang mengkritiknya namun tidak mengikuti atau follow akaun Instagramnya.

Baginya mereka ini adalah golongan yang pelik. Datang memberikan komen di ruangan akaun media sosialnya walaupun tidak diundang.

Daiyan Trisha menuai kritikan daripada ramai pihak kerana berkongsi satu video menunjukkan dia bersiap sedia untuk turun ke konsert Dua Lipa di Arena Axiata baru baru ini.

Penampilan Daiyan Trisha dianggap terlalu seksi dan mencolok mata. Di mana dia mengenakan baju yang agak jarang serta skirt yang agak singkat.

Perkongsian Daiyan itu kurang disenangi segelintir pihak. Kerana menurut mereka Daiyan  terlalu ‘belanja’ dengan penampilan yang dianggap terlalu terdedah itu.

Yang lain pula berkata: “Taulah minat Dua Lipa tetapi janganlah ikut penampilan dia. Dia seksi tu tak mengapa sebab dia bukan Islam.”

Tidak selesa dengan banyak komen mengkritiknya, Daiyan Trisha kemudian mengecam balik netizen yang mengecamnya namun mereka sebenarnya ramai yang terdiri daripada golongan bukan follower dia.

Dia menulis: “Kelakar bukan, yang tinggalkan komen dekat hantaran IG terakhir saya  adalah mereka yang bukannya follow saya pun.

“Kamu semua datang ke sini untuk tinggalkan komen, ada tak orang minta [kamu komen]?

“Kamu ni bukannya kisah pun pasal saya, dan apa yang saya lakukan. Pelik. Selesai dah sekat,” tulis Daiyan.