Sudah menjadi kewajipan buat setiap suami dalam menyediakan nafkah baik dari segi zahir mahupun batin buat para isteri mereka. Malah, para suami juga diingatkan untuk menjadi pemimpin keluarga serta tidak sewenang-wenangnya membiarkan aurat isteri dipertontonkan oleh orang ramai.
Dalam pada itu, keadaan mendesak atau darurat antara yang membuatkan segelintir para suami terpaksa akur dengan keadaan semasa di masa terdapat situasi di mana doktor lelaki yang terpaksa menyambut para bayi.
Meskipun perkara ini sering kali dibincangkan oleh ahli agamawan, kenyataan keras pasangan ustaz dan ustazah ini menerusi TikTok @sunnahtidakberbohong nampaknya jelas menimbulkan pelbagai respon di kalangan netizen selepas mendakwa suami yang membiarkan doktor lelaki menyambut bayi isteri mereka sebagai dayus.
@sunnahtidakberbohong #doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong
♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin
https://www.tiktok.com/@scorpion.merah/video/7162619878778719514?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Kenyataan keras yang dilakukan secara tidak langsung membuatkan para netizen kurang senang. Rata-ratanya berpendapat bukan mudah buat pasangan suami isteri khususnya yang baru mendirikan rumah tangga menyediakan wang ribuan ringgit semata-mata untuk ke hospital swasta bagi disambut oleh doktor wanita.
Tidak kurang juga yang mencadangkan agar ustazah ini sahaja yang membangunkan klinik atau hospital swasta yang menyediakan khidmat doktor wanita secara mampu milik.
Selain itu, terdapat seorang netizen yang memaklumkan perkara ini sudah dibincangkan oleh Ustaz Azhar Idrus sebelum ini.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, aurat melihat kemampuan bukan sahaja melibatkan lelaki dan perempuan malah sesama lelaki juga tidak dibenarkan. Dalam pada itu, keadaan darurat antara yang mengharuskan untuk doktor lelaki menyambut bayi.