Guardian of Galaxy 2 sudah beberapa minggu berada di panggung, dan sudah pastinya ramai peminat filem ini yang memberikan respon dan komen yang positif mengenai filem Guardian of Galaxy 2 ini.

Tapi kali ni saya tidak akan memberikan review berkenaan movie Guardian of Galaxy 2 ini, saya akan fokus kepada pelakon watak Star-Lord iaitu Chris Pratt.

Tahukah anda Chris Pratt aka Star-Lord pernah menjadi homeless pada suatu ketika dulu? Tahukah anda Chris Pratt juga merupakan drop out kolej ketika berusia 17 tahun, juga pada semester pertama pengajian beliau?

Perjalanan Chris Pratt untuk menjadi seorang A-List Actor iaitu Star Lord bukanlah mudah.

Bermula dengan keputusannya berhenti kolej hingga menyebabkannya menjadi homeless, Chris Pratt terpaksa membuat sesuatu untuk memenuhi keperluan harian seperti makan dan tempat tinggal.

Akhirnya beliau menjadi seorang penjual kupon dari pintu ke pintu (door-to-door sales).

Beliau bekerja sebagai seorang penjual kupon selama dua tahun dan di sebabkan pekerjaan itu beliau menyatakan dengan kemahiran menjual secara face to face membuatkan beliau yakin impiannya untuk menjadi pelakon akan tercapai.

Chris Pratt juga ada membuat kerja sambilan untuk mendapatkan wang tambahan.

Chris Pratt bersama van yang pernah menjadi tempat kediaman beliau.

Ketika berusia 20an dengan berpegang pada pendirian “nothing to lose” Chris Pratt menerima pelawaan seorang kawan lamanya yang menyatakan kononnya beliau hidup seperti hidup di syurga “living the dream” di Hawaii.

Hakikatnya dua anak muda itu hidup di dalam sebuah van yang tiada tandas dan dipenuhi tikus, kehidupan Chris Pratt diuji lagi ketika itu.

Secara amnya Chris Pratt hidup bebas tidak terikat dengan apa-apa, tetapi di dalam hatinya beliau berkata tak nak hidup seperti itu sehingga tua, beliau ada impian.

Salah satu kerja sambilannya adalah bekerja di sebuah restoran makanan laut di kepulauan Aloha.

Aksi Chris Pratt sewaktu di dalam file Jurasic Park.

Semasa menunggu pelanggan Chris Pratt berkesempatan berbual dengan salah seorang pelakon filem Commando Rae Dawn Chong yang ketika itu sedang mencari pelakon komedi untuk filem komedi seramnya Curse Part 3.

Ketika berbual Rae Dawn Chong tertarik dengan semangat dan enthusiasm Chris Pratt yang tinggi lalu melamar beliau untuk berlakon dalam filem tersebut.

Maka bermulalah platform pertama yang merupakan satu peluang yang sekian lama di tunggu oleh Chris Pratt untuk menjadi seorang pelakon.

Memulakan kerjaya lakonannya dengan memegang watak kelakar, Chris Pratt mendaki tangga satu persatu. Seterusnya beliau diberi peluang memegang watak pelakon pembantu dalam beberapa drama bersiri dan filem.

Akhirnya selepas beberapa tahun dalam industri filem Hollywood Chris Pratt berjaya memegang watak utama dalam Guardian of Galaxy iaitu sebagau Star-Lord, ketua dalam team Guardian of Galaxy. Selebihnya kini adalah sejarah.

Jika Chris Pratt give up dengan impiannya untuk menjadi seorang pelakon dan meneruskan kehidupannya di dalam sebuah van, mungkin watak Star-Lord dalam filem Guardian of The Galaxy dilakonkan oleh orang lain.

Dengan kisah hidup Chris Pratt ini sedikit sebanyak memberikan pengajaran kepada kita bahawa jalan menuju kejayaan itu penuh dengan ranjau onak dan duri, tiada jalan singkat, kemungkinan anda akan jatuh berkali-kali sebelum berjumpa platform atau jalan yang betul dan membawa anda menuju ke impian yang di tuju. Jalan terus.

Anda juga boleh tonton video berikut untuk info lanjut.

 

Baca lagi: ‘Guardians Of The Galaxy Vol 2’ Filem MCU Paling Lucu Dan Mungkin Terbaik Setakat Ini