Datuk Seri Vida akhirnya tampil memberikan penjelasan tentang hutang lebih RM1 juta atau sekitar RM1.06 juta yang sedang didakwa atas namanya.

Semalam laporan menyebut bahawa notis sita aset Datuk Vida dibuat oleh mahkamah. 4 kenderaan mewahnya disita untuk dilelong jika Vida gagal melangsaikan baki tunggakan hutangnya dalam masa terdekat.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Writ penyitaan dikeluarkan semalam. Dan semua aset yang disita tidak boleh dikeluarkan dalam masa dua minggu. Peguam DSV menegaskan jika anak  guamannya itu membayar hutang tersebut dalam tempoh itu, maka penyitaan dan lelongan itu tidak akan berlaku.

Berdasarkan laporan, hutang Datuk Seri Vida dilaporkan tidak dibayar sejak 2018 kepada Ah Design Communication Sdn. Bhd. Dan pada tahun lalu, tahun 2023, pihak kontraktor yang dilantik DSV untuk membina pejabatnya menuntut bayaran tersebut.

Datuk Seri Vida menjelaskan kepada KOSMO bahawa kontraktor sudah menerima sebahagian daripada wang bayaran namun kerja mereka masih tidak siap.

Dia berkata kepada KOSMO: “Biasanya projek bayar dulu barulah claim dibuat. Dalam kes saya, kontraktor dah enjoy makan duit dulu tapi  kerja tak siap siap.”

Datuk Vida meminta semua pihak bertenang kerana ketika ini dia masih di luar negara. Dan dia akan membuat sidang media tentang perkara itu dalam masa terdekat.

Semalam anak Datuk Seri Vida, Cik B turut meminta semua orang kekal tenang dan bersabar. Dan dia yakin segalanya akan selesai dalam masa terdekat ini.