Nasib hidangan ‘Ayam Kipuk’ yang beroperasi di tingkat 15 sebuah apartment nampaknya tidak panjang apabila diserbu oleh penguatkuasa daripada DBKL.
Dalam satu hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh laman Mawaddah Abu Bakar via FB B40 Buat Hal Apa Harini, difahamkan bahawa hidangan yang beroperasi dirumah itu telah diminta untuk tutup oleh pihak DBKL.
Baca Juga:
Menurut catatan tersebut, DBKL atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menerima laporan selepas hidangan itu tular di media sosial.
“Akhirnya Ayam Kipuk tumbang. Dbkl datang ckp ada orang report selepas viral. Tapi mungkin ini Allah mahu mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan diatas dosa saya berniaga dirumah. Saya redha.
“Saya akan bawa ibu dan adik OKU saya balik kampung dulu.
“Kami akan pindah insyaAllah tempat yg lagi baik (Shoplot atas tingkat 3). Saya akan suruh abang saya yg manage. Tq Abg rider, customer, dan jiran2 semua yg selalu support kami.
“Minggu depan kami akan bangkit,” katanya dalam hantaran terbabit.
Terdahulu menerusi perkongsian yang turut tular dalam Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, dapat dilihat sebuah rumah flat di tingkat 15 dipercayai di Taman Danau Kota dipenuhi oleh rider makanan yang menantikan pesanan makanan pelanggan di luar rumah.
Difahamkan rumah ini merupakan tempat hidangan Ayam Kipuk Viral disediakan. Menggabungkan nama kicap dan gepuk, hidangan berjaya menambat hati pelanggan sekaligus membuatkan rider makanan berkumpul di rumah ini dalam menantikan pesanan.