Bill Gates, pengasas Microsoft pernah meramal pada 2015 bahawa akan ada wabak yang melanda dunia dan memberi kesan kepada kehidupan manusia, dakwaan ini ternyata benar dengan kehadiran wabak COVID-19 pada tahun 2020. Dan pada awal December 2020 pula, Gates sekali lagi mengingatkan masyarakat umum bahawa 4-6 bulan akan datang bakal menjadi masa-masa yang sukar dalam melawan wabak COVID-19 dan sekali lagi ramalan Gates seakan-akan benar apabila dunia kini sedang melawan varian delta.

Kata Gates seperti yang dilaporkan oleh Economic Times, “Sayangnya, empat hingga enam bulan ke depan boleh menjadi wabak terburuk. Jangkaan IHME (Institut dan Metrik Kesihatan) menunjukkan lebih daripada 200,000 kematian tambahan.” Bagaimanapun bagi Gates, kematian dalam jumlah yang besar masih boleh dielak jika semua orang menjaga protokol kesihatan dan sentiasa mengikut peraturan – memakai pelitup muka, menjaga jarak dan kerap membasuh tangan.

Gates turut meramalkan bahawa masyarakat dunia mampu untuk kembali kepada kehidupan normal pada akhir tahun 2022. Namun jangkaan ini hadir jika vaksin COVID-19 berkesan dalam melawan wabak yang menyerang lebih 180 juta orang di seluruh dunia. Tambah Gates lagi, ramalan ini hanya berlaku untuk negara maju dan melihat kepada situasi semasa, pengeluaran vaksin dilihat terhad pada tahun ini.

People wait to receive COVID-19 vaccine at a vaccination centre in Kuala Lumpur
REUTERS/Lim Huey Teng

“Secara keseluruhan, ketika saya membuat ramalan pada tahun 2015, saya bercakap mengenai kematian yang berpotensi menjadi lebih tinggi. Jadi, virus ini mungkin lebih mematikan daripada itu,” katanya sebelum menyambung, “Tetapi perkara yang mengejutkan saya adalah bahawa kesan ekonomi di AS dan di seluruh dunia jauh lebih besar daripada ramalan yang saya buat lima tahun lalu.”

Apa kata WHO Dan China?

Semasa kehadiran wabak pada awal tahun 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah memberi amaran kepada masyarakat umum bahawa situasi terburuk wabak COVID-19 masih belum terjadi. Bagi WHO, mereka yakin bahawa akan ada varian baru yang lebih memberi kesan kepada kehidupan manusia dan mampu mematikan lebih ramai orang.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengatakan, virus ini mampu untuk merebak kepada lebih ramai orang sekiranya kerajaan tidak serius dalam melaksanakan protokal kesihatan. “Biar saya jelaskan, terlalu banyak negara menuju ke arah yang salah, virus ini tetap menjadi musuh nombor satu masyarakat. Sekiranya perkara asas tidak diikuti, satu-satunya cara pandemik ini berlaku adalah: ia akan menjadi semakin buruk dan lebih buruk dan sangat buruk,” katanya seperti yang dilaporkan oleh France24 pada 30 Julai 2020.

malaysia-will-be-crucial-to-asias-covid-19-damage-control
Economic Times

Dan pada awal tahun ini, The Vocket melaporkan bahawa para penyelidik yang diketuai oleh profesor Xu Jianguo dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC), mengatakan dalam sebuah kajian yang diterbitkan pada 8 Januari dalam jurnal Disease Surveillance yang ditinjau oleh rakan sejawatnya, bahawa kerajaan China dan orang ramai harus bersiap menghadapi lebih banyak kejutan COVID-19 pada tahun ini.

Memetik laporan berita South China Morning Post, para penyelidik ini memberi amaran bahawa COVID-19 pada tahun 2021 akan menjadi lebih parah dan menakutkan. Mereka meramalkan bahawa akan wujud kematian yang besar di beberapa negara yang terkesan teruk dengan wabak COVID-19. Jika Bill Gates meramalkan 200,000 kematian akan berlaku pada tahun ini, penyelidik China pula meramalkan 300,000 kematian pada awal tahun ini akibat wabak COVID-19.

Melihat kepada situasi semasa, jalan untuk melawan COVID-19 adalah dengan bekerjasama. Dengan segala tragedi yang berlaku dan segala macam perintah penutupan yang telah dikuatkuasakan. Wabak ini tidak akan mudah hilang jika tidak dilakukan bersama-sama. Dan dalam masa yang sama, kita juga perlu bersedia menghadapi sesuatu yang lebih teruk lagi di masa hadapan.

FILE PHOTO: People wait in line to be tested for the coronavirus disease (COVID-19) in Shah Alam
REUTERS/Lim Huey Teng/File Photo

Seperti kata Dr Mark Ryan, seorang ahli epidemiologi Ireland dan pengarah eksekutif Program Kecemasan WHO, bahawa COVID-19 mungkin akan menjadi endemik. Negara di seluruh dunia mesti belajar hidup dengan wabak ini walaupun telah melakukan program vaksinasi kepada semua orang.

Untuk rekod, dunia kini mempunyai sejumlah jenama vaksin dan telah mula mengedarkannya kepada beberapa negara lain, termasuk Malaysia. Dengan adanya jenama seperti Pfizer dan Moderna, Astrazeneca, Novavax dan Johnson & Johnson, dunia kini sedang berusaha untuk mempercepatkan proses vaksin bagi mencapai tahap imuniti besar supaya kehidupan mampu kembali kepada asal.

Bill Gates ramal akan berlaku 2 bencana besar di masa hadapan, bakal bunuh lebih ramai orang. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bill Gates Ramal Akan Berlaku 2 Bencana Besar Di Masa Hadapan, Bakal Bunuh Lebih Ramai Orang

Bill Gates Dakwa Bitcoin Bahaya, Minta Ia Diharamkan