Sudah menjadi kebiasaan dalam sebuah majlis khususnya majlis perkahwinan para tetamu bakal dijamu dengan seleksi lauk-pauk dan juga pelbagai juadah.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang tetamu yang merupakan seorang wanita dilihat bertikam lidah dengan pekerja katering gara-gara mahu membungkus lauk-pauk kenduri seawal jam 10.30 pagi.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian TikTok @wan_takaful, mak cik ini memaklumkan kepada pekerja katering berkenaan beliau berhak mengambilnya kerana sekadar mengambil cuma satu bungkusan.

Sementara itu, pekerja katering ini tidak membenarkannya serta memaklumkan perlu mendapat persetujuan pihak manager dan juga tuan rumah terlebih dahulu.

“Tuan rumah kan dah bayar, takkan satu bungkus lauk pun tak boleh nak tapau?” soal mak cik ini kepada pekerja katering berkenaan.

@wan_takaful

Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Situasi yang berlaku ini turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan mak cik ini. Malah, terdapat netizen yang berang mak cik ini tergamak melakukannya seawal jam 10.30 pagi di saat masih ramai tetamu yang belum tiba.

Sementara itu, terdapat netizen yang memaklumkan agar mak cik ini mengambil tahu hukum membungkus makanan lauk kenduri yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus.

@samsul_danial

Hukum ratah lauk kenduri dan bungkus bawa balik #ustazazharidrus #dakwahtiktok #tiktokmalaysia #fouryoupage

♬ original sound – Samsul_danial – Samsul_danial

Menurut Ustaz Azhar Idrus, membungkus lauk-pauk kenduri tanpa keizinan tuan rumah adalah tidak dibenarkan dan haram hukumnya mengikut hukum.

Sehubungan dengan itu, diharapkan budaya membungkus lauk tanpa pengetahuan dan keizinan tuan rumah ini tidak menjadi kebiasaan serta ikutan kerana dikhuatiri bakal menyebabkan makanan tidak mencukupi untuk tetamu yang hadir.