Servis e-hailing menerusi Grab sememangnya sangat membantu individu yang tidak berkereta atau malas memandu untuk bergerak ke sesuatu lokasi dengan semudah dihujung jari sahaja.

Jika dahulunya kita boleh menempah servis e-hailing dengan mudah kerana ramai pemandu yang sudi memenuhi permintaan, kini situasi sudah tidak sama lagi.

Sumber Gambar: X

Menurut satu perkongsian tangkap layar di X, seorang individu telah mengadu berhubung ketiadaan pemandu Grab yang sudi mengambil tempahan pelanggan walaupun di lokasi terkenal seperti KLIA dan KL east mall.

Sumber Gambar: X

Pihak Grab lalu memberi respons dengan mengatakan mereka berusaha menambah bilangan pemandu untuk  menampung permintaan yang tinggi.

Namun berbeza pula pandangan netizen yang mana merasakan sebab semakin ramai pemandu Grab enggan terima tempahan adalah kerana bayaran tambang yang semakin rendah. Dakwa mereka pada ketika ini, pemandu hanya dibayar sekitar RM1 bagi setiap 4KM.

Netizen mendakwa dengan bayaran tambang yang rendah membuatkan ia tidak berbaloi untuk meredah kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi di lokasi tumpuan seperti di KLCC dan KLIA. Permintaan ke lokasi yang terlalu jauh atau terlalu lewat malam juga menjadi antara sebab tempahan tidak diambil oleh pemandu Grab.

Sumber Gambar: FB

Bahkan, bayaran tidak setimpal itu juga menjejaskan pendapatan buat para pemandu kerana perlu mengambil kira kos minyak petrol dan juga mantainance yang mahal.

Itu tidak kira lagi ada yang mendakwa telah dianaiya oleh pelanggan dengan laporan palsu sekaligus akaun disekat daripada beroperasi dalam satu tempoh tertentu.

Sumber Gambar:X

Susulan itu, ramai menasihati kepada syarikat e-hailing tersebut agar mengambil langkah proaktif seperti penstrukturan semula bayaran tambang yang lebih tinggi supaya boleh menarik minat para pemandu di luar sana untuk berkhidmat kembali.

Sumber