Pada ketika ini, kecoh di media sosial berhubung isu sijil halal untuk makanan dan minuman yang ditawarkan oleh sebuah rangkaian restoran terkemuka, Madam Kwan’s.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna FB bernama @Rizal Hakimm yang mana mahu mendapatkan kebenaran berkenaan sijil halal daripada pihak Madam Kwan’s. Oleh itu, pihak pengurusan restoran telah pun memberi respon terhadap persoalan yang dilontarkan oleh beliau.

Artikel Berkaitan:

Di dalam maklum balas itu, mereka mendedahkan bahawa restoran Madam Kwan’s tidak memegang sijil halal. Walaubagaimanapun, mereka menyakinkan orang ramai bahawa semua bahan yang digunakan dalam hidangan termasuk daging dan ayam diperoleh daripada pembekal yang memegang sijil halal.

Alasan yang diberikan sebab tidak memiliki sijil adalah kehadiran minuman beralkohol di premis restoran sekaligus jadi penghalang dalam mendapatkan sijil halal rasmi.

Namun begitu, mereka mempunyai protokol yang ketat untuk memastikan tidak pencemaran silang dan makanan serta minuman disediakan secara berasingan daripada minuman yang mengandungi alkohol.

Meskipun menyedari akan kepentingan sijil kepada pelanggan Muslim, mereka tidak sedang memohon sijil halal pada masa ini. Dalam membuktikan mereka mengambil serius kebimbangan ramai, pihak Madam Kwan’s sedia memberi maklum secara terbuka kepada sebarang persoalan yang dilontarkan oleh para pengguna.

Susulan respon tersebut, netizen meluahkan rasa terkejut akan pembongkaran ini kerana selama ini disangka Madam Kwan’s mempunyai sijil halal. Malah, ramai yang menyarankan untuk elak makan kerana dikhuatiri menjadi syubhah kerana takut bercampur benda yang haram.

Sumber Gambar: FB @Rizal Hakim

Berdasarkan semakan kami juga, restoran Madam Kwan’s memang tidak pernah memiliki sijil halal tetapi hanya menyatakan bebas khinzir dan tidak menggunakan alkohol sebagai bahan dalam sajian mereka.