Tular sejak semalam di media sosial apabila sorang wanita dilihat mengamuk di sebuah 7-Eleven apabila dikatakan seorang pekerja di kedai berkenaan didakwa ‘menuduh’ anak kepada wanita ini mencuri.

Dakwaan tersebut sekaligus turut membuatkan ibu kepada kanak-kanak tersebut hadir ke cawangan 7-Eleven berkenaan dalam bertanyakan punca anaknya dituduh mencuri berikutan anaknya menangis teresak-esak sebaik sahaja pulang ke rumah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dalam pada itu, apa yang menjadi perhatian ramai adalah perlakuan dua beranak ini di mana ibunya bertindak dengan penuh emosi dengan menaikkan suara serta menjalankan Facebook Live sebagai ‘pengajaran’ kepada pelanggan-pelanggan lain dan pekerja kedai tersebut.

Perlakuan anaknya turut mencuri perhatian netizen apabila dilihat kerap menyepah barangan serta menendang kaunter berkenaan berikutan pertanyaan yang diterima.

https://www.tiktok.com/@wawapinky1603/video/7070588241950330138?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Video yang meraih lebih sejuta tontonan itu sekaligus turut mengundang kepada pelbagai perbincangan di kalangan netizen melihatkan kepada tindakan dua beranak ini dalam berbincang dengan pekerja 7-Eleven. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Sumber: Tiktok wawapinky1603
Sumber: Tiktok wawapinky1603

Menampar anak, bercakap kasar serta lebih memihak kepada cakap anak berbanding pertanyaan pekerja 7-Eleven antara yang menjadi perhatian ramai.

Menerusi perbincangan dalam video difahamkan pekerja 7-Eleven sekadar bertanyakan sama ada kanak-kanak tersebut mencuri atau sebaliknya selepas mendengar perbualan rakan kanak-kanak tersebut melibatkan kecurian. Situasi menjadi lebih rumit apabila kanak-kanak tersebut melaporkan kepada ibunya bahaya beliau dituduh oleh pekerja 7-Eleven tersebut.

Menerusi perkongsian  Facebook wanita berkenaan iaitu Wan Noor Baizura, beliau memaklumkan anaknya disahkan tidak mencuri selepas pekerja 7-Eleven tersebut mengatakan tiada barang yang hilang.

Pekerja 7-Eleven dimaklumkan turut memohon maaf atas apa yang berlaku kepada dua beranak ini manakala wanita tersebut turut tampil membuat permohonan maaf kepada netizen.

Tular baru-baru ini apabila Datuk K melaporkan sikap anaknya telah ‘berubah’ sejak 3 tahun berakhir ini selepas mengenal dengan seorang individu ini.

Datuk K Dedah Sikap Asyraf Khalid ‘Berubah’ Sejak 3 Tahun Terakhir Ini

Salah Guna ‘Buah Silat’, Lelaki Belasah Pemandu Van Sehingga Terbaring