Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu, lapor Harian Metro.
Memetik laporan itu lagi, Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan dan hukuman penjara itu berkuat kuasa bermula hari ini.
Baca Juga:
- Mahkamah Gagal Buktikan Kes Prima Facie, Da’i Syed Dilepas Dan Dibebaskan Daripada Tuduhan Rogol
- Terkena Tempias Dakwaan Rogol Gadis, Bapa Da’i Syed Mahu Mangsa Tampil Buat Laporan Polis
- Pernah Terpalit Kontroversi, Da’i Syed Dilaporkan Bebas Pertuduhan Cabul Dan Persetubuhan Luar Tabii
Pada 10 April 2023 lalu, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros.
Semasa di mahkamah tadi, Da’i Syed turut ditemani isterinya, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu.